BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Redmi Note 15 Pro+ Mungkin Di Lengkapi Dengan Sokongan Komunikasi Satelit

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Redmi Note 15 Pro+ dilaporkan bakal menjadi peranti terawal dalam barisan telefon pintar Redmi yang menyokong komunikasi satelit khusus untuk penghantaran mesej teks melalui sistem Beidou.

REDMI-Note-14-Pro-Plus-Lavender-Purple-AMANZ-MY-Set-950x475.webp


Perkara ini mula mencuri perhatian selepas tularnya tangkap layar pensijilan MITT yang mengesahkan sokongan komunikasi satelit untuk versi khas peranti tersebut. Perkembangan ini dianggap sebagai langkah penting dalam memperluaskan akses komunikasi bagi pengguna di kawasan terpencil yang tidak mempunyai liputan rangkaian mudah alih. Menariknya, sokongan mesej satelit ini tidak ditawarkan kepada siri Redmi K atau K Ultra yang lebih premium sebaliknya diperkenalkan menerusi model daripada siri Note. Pendekatan ini dilihat sebagai strategi Xiaomi untuk mengawal kos sambil menyasarkan pengguna yang sering berada di kawasan terpencil. Teknologi komunikasi satelit membolehkan penghantaran dan penerimaan mesej tanpa bergantung kepada rangkaian mudah alih. Ia sekaligus boleh memberi manfaat besar kepada pengguna yang berada di lokasi seperti hutan, gunung dan lain-lain.

Sumber asal https://www.gsmarena.com/note_15_pr...ing_a_new_connectivity_feature-news-68795.php
 
Redmi Note 15 Pro, Note 15 Pro 5G & 15 Pro+ Edisi Global Di Lancarkan

Redmi secara rasminya melancarkan siri Redmi Note 15 ke peringkat global semalam selepas ia dilancarkan di China pada Ogos lalu. Tiga model berbeza iaitu Redmi Note 15 Pro+, Redmi Note 15 Pro, dan Redmi Note 15 Pro 5G. Ketiga-tiganya tampil dengan spesifikasi menarik dengan penekanan terhadap pengalaman penggunaan yang dipertingkatkan. Versi global ditawarkan dengan beberapa perubahan spesifikasi berbanding versi China.
1766144910420.png

Redmi Note15 Pro+ ialah model paling mercu menggunakan skrin 6.83-inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan Gorilla Glass Victus 2. Ia turut menyokong pelbagai teknologi paparan seperti HDR10+, Dolby Vision dan PWM 3840Hz untuk pengalaman paparan yang selesa. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 512GB UFS 2.2. Dwi kamera utama dengan lensa sudut lebar 200MP (OIS) dan ultra lebar 8MP yang dipadankan dengan kamera swafoto 32MP. Ini adalah berbeza dengan tri kamera 50+8+50 MP pada model China.

Peranti dibekalkan bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W, di samping melepasi sehingga empat penarafan IP69K, IP69, IP68 dan IP66. Bateri lebih kecil berbanding 7000 mAh pada model China yang sekadar menyokong pengecasan 90W. Seterusnya, Redmi Note 15 Pro 5G hadir dengan cip skrin 6.83″ AMOLED 120Hz dengan sokongan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 7400-Ultra, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB UFS 2.2 dan bateri sebesar 6580 mAh dengan pengecasan 45W.

Dwi kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP (OIS) dan lensa ultra lebar 8MP dengan kamera hadapan sebesar 20MP. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo dengan sokongan audio Dolby Atmos serta fungsi NFC. Akhir sekali ialah Redmi Note 15 Pro hadir dengan cip skrin 6.77″ AMOLED 120Hz yang dipadankan dengan cip Helio G200 Ultra, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB UFS 2.2 dan bateri sebesar 6500 mAh dengan pengecasan 45W.

Dwi kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP (OIS) dan lensa ultra lebar 8MP dengan kamera hadapan sebesar 32MP. Ia juga turut dilengkapi pembesar suara stereo dengan sokongan audio Dolby Atmos serta fungsi NFC. Ketiga-tiga peranti masih lagi menggunakan HyperOS 12 yang berasaskan Android 15 yang kami rasakan mengecewakan. Harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

Redmi Note 15 Pro+
  • 8GB + 256GB = €500 (~RM 2394)
  • 12GB + 512GB = €550(~RM 2634)
Redmi Note 15 Pro 5G
  • 8GB + 256GB = €399 (~RM 1911)
  • 8GB + 512GB = €429 (~RM 2054)
  • 12GB + 512GB = €450 (~RM 2155)
Redmi Note 15 Pro
  • 8GB + 256GB = €349 (~RM 1671)
  • 12GB + 512GB = €400(~RM 1915)
 
Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Redmi Note 15 Tidak Lama Lagi

Xiaomi Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran siri telefon pintar Redmi Note 15 untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapa model Redmi Note 15 yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Sebelum ini, Xiaomi telah mengumumkan siri Redmi Note 15, dengan tiga model berbeza, iaitu Redmi Note 15 Pro+, Redmi Note 15 Pro, dan Redmi Note 15 Pro 5G. Redmi Note 15 Pro hadir dengan cip Helio G200 Ultra, Redmi 15 Pro 5G dengan cip Dimensity 7400-Ultra, dan Redmi Note 15 Pro+ dengan cip Snapdragon 7s Gen 4. Pelbagai perkara lain turut berbeza antara satu sama lain model, termasuk penawaran bateri dan juga sensor kamera. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pelancaran siri Redmi Note 15 ini di Malaysia tidak lama lagi, dan apakah spesifikasi khusus siri peranti berkenaan di Malaysia.​

1767375006718.png
 
Back
Top
Log in Register