BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Red Warriors devil

Esok lawan Johor...away game lor.
 
pengumuman rasmi: 21 hb mei 2010 (jumaat) tepat jam 9.30 malam pelancaran 2 event kafa sekaligus iaitu pelancaran kafe trw station & juga pelancaran radio streaming rasmi kafa (trw fm) oleh menteri belia dan sukan, yb dato shabery chik dan juga yb tan sri hj anuar musa di ktc. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis
 
pengumuman rasmi: 21 hb mei 2010 (jumaat) tepat jam 9.30 malam pelancaran 2 event kafa sekaligus iaitu pelancaran kafe trw station & juga pelancaran radio streaming rasmi kafa (trw fm) oleh menteri belia dan sukan, yb dato shabery chik dan juga yb tan sri hj anuar musa di ktc. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis

Pergh, bertambah mantop TRW kito. Menteri gi rasmi tu:)paid
 
demo tinggal bas ko, bas tinggal demo ni?:-?
Sorry bro., tengok jadual lama lor...
Sebetulnya:

22 May 2010
Kelantan vs Perlis
Time: 8:45:PM
Venue: Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
 
Keputusan semasa:-
Kelantan: 2
Perlis: 1
 
Full time result:-
Kelantan: 2
Perlis: 1

 
Kelantan Menang Tetapi Hambar.

Kelantan bernasib baik mengutip tiga mata apabila menewaskan Perlis 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Dua gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu pada babak pertama sudah cukup buat Kelantan menewaskan lawan dihadapan lebih 25 000 penyokong setia wira merah.

Pada babak pertama, persembahan Kelantan disifatkan terbaik kerana berjaya menekan pemain Perlis untuk berkampung di kawasan sendiri.

Pemain Kelantan berjaya melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan malah melakukan beberapa gerak menarik menyebabkan pertahanan Perlis terpaksa bertungkus lumus mempertahankan pintu gol mereka dari dibolosi.

Dengan jentera serangan bergerak pantas dan pemain tengah melakukan beberapa hantaran cantik, Kelantan hampir didepan pada 10 minit pertama namun kegopohan Chanturu, Idlan Talaha, Indra Putra dan Badri Radzi menyebabkan peluang meletakkan bola kedalam jaring gagal disempurnakan.

Pertengahan babak, Kelantan diberikan sepakan penalti setelah pertahanan Perlis, Mohamad Badrul Azam Zamri menjatuhkan Norfarhan didalam kotak penalti. Walaupun mendapat bantahan dari pemain dan kem Perlis, pengadil tetap dengan keputusan tersebut. Norshahrul yang mengambil tugas sepakan, mudah menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-24.

Selepas gol tersebut, jentera serangan Kelantan dilihat semakin bernafsu untuk menjaringkan gol dan mereka mendapat beberapa peluang keemasan didepan gawang. Bermula dengan percubaan Chanturu yang melambung keluar, Norfarhan sekadar menyepak lemah kepada Farizal Marlias manakala percubaan Idlan diselamatkan Fauzi Nan diatas garisan gol.

Percubaan Indra Putra pula keluar dan sepakan Badri Radzi juga sedikit melewati palang gol.

Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua melalui S.Chanturu yang melakukan sepakan terus pada minit ke-34. Gol berpunca dari kesilapan pemain Perlis lambat mengeluarkan bola dari kawasan mereka sebelum dirampas dan Shakir Shaari memberikan kepada daudsu yang terus melakukan lintangan S Chanturu didalam kotak penalti.

Kelantan hampir menambah gol selang empat minit kemudian namun sepakan kencang Norfarhan didalam kotak penalti setelah mendapat hantaran Chanturu diselamatkan Farizal Marlias.

Percubaan Badri Radzi pada minit ke-45 ditepis keluar Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, bagai mendapat suntikan semangat dari Yunus Alif, Perlis mula mengancam kubu Kelantan apabila melakukan beberapa percubaan bahaya hampir memerangkap barisan bawah Kelantan. Namun ketangkasan Subramaniam dan Farisham berjaya mengekang penyerang lawan menjaringkan gol.

Benteng Kelantan roboh juga pada minit ke-50 apabila Wan Khairul Faiz memanfaatkan kesilapan Daudsu dan Azizi untuk menewaskan Khairul Fahmi di pintu gol.

Gol jaringan tersebut menaikkan semangat Perlis untuk memburu gol penyamaan tetapi gagal kerana penyudah tumpul.

Tertekan diasak, B. Sathianthan melakukan uda pertukaran mengeluarkan Azizi yang sedikit longlai untuk digantikan dengan Rizal Fahmi Rosid dan mengeluarkan Badri Radzi untuk digantikan dengan Akmal Rizal.

Perlis terus menekan Kelantan apabila melakukan beberapa serangan pantas untuk memburu jaringan penyamaan tetapi Rizal Fahmi tampil cemerlang memintas beberapa cubaan lawan untuk memasuki kawasan kotak penalti Kelantan.

Ketika Perlis rancak menyerang, S. Chanturu hampir menambah gol hasil serangan balas namun Farizal Marlias pantas merebahkan badan menepis sepakan rendah penyerang Kelantan tersebut.

Menambah sengat, Idlan Talaha yang keletihan dan mengalami sedikit kecederaan akibat terjahan kasar pertahanan Perlis dikeluarkan untuk digantikan dengan Hairudin Omar.

Kemasukan Hairudin hampir membuahkan hasil pada minit ke-85 apabila bola sepakan penjuru Chanturu ditanduk kedalam gawang namun diselamatkan pertahanan Perlis diatas garisan gol dan lantunan bola tersebut terus disambung Norfarhan tetapi Fauzi Nan lebih bersedia untuk menampan bola keluar dari kawasan bahaya.

Hairudin sekali lagi kecewa apabila tandukan kencangnya pada minit akhir perlawanan sedikit keluar.

Tambahan masa tiga minit gagal digunakan sebelum pengadil perlawanan, S. Sittharanjanan membunyikan wisel penamat.

Dua kad kuning dilayangkan pengadil iaitu kepada pemain Kelantan Daudsu dan Indra Putra.


-RedsFC
 
Back
Top
Log in Register