BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Red Warriors devil

Kepada para pemyokong sakai a.k.a jakun Kelantan;
Sila sediakan stok mercun bola/ketupat secukupnya untuk kempen pasukan Kelantan musim 2010 ini. Dan pastikan ketika setiap perlawanan berlangsung yang melibatkan pasukan Kelantan ada bunyi dentuman mercun.
Sekian, terima kasih…


Jenis hero depe komputer jah ni!!
 
Kijang Amuk Sang Jengking

Kelantan meneruskan rentak kemenangan apabila membelasah Johor 4-1 di Stadium Larkin, Johor Bharu, malam tadi.

Bermain dalam keadaan padang basah yang ditakungi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan tidak mendatangkan masalah kepada Kelantan untuk menyengat Jengking di arena mereka.

Menurunkan kesebelasan yang tidak jauh beza ketika diikat Pahang beberapa hari lalu memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk mengasak Johor.

Sepuluh minit pertama, banyak kekasaran dilakukan pemain kedua-dua pasukan akibat dari padang basah.

Johor lebih berpeluang didepan apabila banyak mengasak namun Kelantan terselamat apabila bola percubaan mereka tersekat dengan padang becak.

Azizi pula terlepas menjaringkan gol apabila gagal menampan dengan kemas bola sepakan percuma Mohd Badri Radzi manakala Norfarhan pula gagal meletakkan bola kedalam jaring walau hanya berhadapan dengan penjaga gol Johor.

Kelantan akhirnya didepan apabila Badri Radzi memanfaatkan sepakan percuma didepan gawang Johor untuk gol pertama pada minit ke-16.

Gol Badri Radzi tidak bertahan lama apabila Johor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 melalui jaringan Rosaiful Nizam Omar yang mengambil peluang keadaan kelam kabut didepan pintu gol Kelantan.

Minit ke-32, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti dan Indra Putra yang diberi tugas mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk gol kedua Kelantan.

Badri Radzi membuktikan ketajamannya dalam sepakan percuma apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-45 mengembirakan hampir 100 penyokong setia Sang Kijang yang bertandang ke Larkin.

Pada babak kedua, Kelantan menambah satu gol melalui jaringan Hairudin Omar pada minit ke-78, lapan minit selepas dimasukkan mengantikan pemain sayap, Norfarhan Mohamad.


-RedsFC
 
Red Warriors terus mengganas...go kelantan go...:)paid:)paid:)paid
 
gomo klate gomo klate gomo klate gomooooooooooooooooooooo:)):)):))
 
Jenis hero depe komputer jah ni!!

maroh bunyi ni ..hero CG mano lah ni ..ado ore kelate heran ?? :D:D

go go go kelate !!!

lautan manusia terbesar di Malaysia...penyokong yg paling kuat kuasa beli tiket di stadium sejak dulu smpai skang ...

gomo kelate gomo !!

takpo kita sedia banyak mercun n meriam ...kita buat pesta lagi besar tahun ni ..kita ajar sket ore lain, lagu mano sebenarnya ore melayu patut hidup di malaysia !!
 
kelate forever !!! kelate forever !!!

kuasa beli terhebat di malaysia .... lautan manusia..sea of men ...

lautan merah !!!! terbaik !!! kalah takpo..janji PUAS !!
 
Penyu Menangis Lagi

Pertemuan sejiran Kelantan dan Terengganu dalam saingan liga super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu berkesudahan Sang Kijang melompat tinggi membenam Penyu dengan jaringan 3-0.

Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin membuktikan ketajaman mereka didepan gawang apabila muncul selaku pemusnah untuk mengecewakan pasukan lawan.

Manakala Terengganu pula seharusnya menyalahkan diri sendiri diatas kekalahan malam tadi setelah beberapa peluang keemasan yang terhidang langsung gagal disempurnakan penyerang mereka.

Kehadiran Abdul Manaf Mamat, Ashaari Shamsudin, Sharbinee Allawee dan beberapa pemain berpengalaman lain tidak membantu pasukan pelawat untuk mengancam Red Warriors di hadapan 25 000 penyokong setia mereka yang membanjiri Stadium.

Malah mereka dihukum dengan gol pembukaan Kelantan hasil jaringan sendiri Marzuki Yusof akibat silap faham dengan penjaga gol, Sharbinee Allawee.

Tidak lama kemudian, Indra Putra mencatatkan nama dalam senarai penjaring setelah berjaya menjaringkan gol kedua Kelantan melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti setelah mendapat umpanan cantik dari Norhsharul Idlan Talaha.

Kelantan terus mengganas apabila dikurniakan satu sepakan penalti setelah Norshahrul dijatuhkan Sharbinee Allaawee didalam kotak dan pengadil bertugas, Mohd Yusof Mat Karim tidak teragak-agak memberikan penalti walau ada cubaan membantah dari pemain Terengganu.

Norshahrul yang mengambil sepakan itu tenang menyempurnakan ke penjuru kiri menewaskan sama sekali Sharbinee yang tersilap jangkaan merebahkan badan.

Selepas gol tersebut, Kelantan dihidangkan dengan beberapa peluang menambah gol pada babak pertama dan kedua melalui percubaan Chanturu yang terkena tiang, sepakan Farhan, Indra dan Badri Radzi melambung tinggi serta tandukan bebas Farhan dan Hairudin didepan gawang gagal mengancam pintu gol Terengganu.

Tamat perlawanan, Indra Putra dinobatkan pemain terbaik setelah memberikan persembahan baik sepanjang perlawanan.

B. Sathianathan yang ditemui selepas perlawanan turut berpuas hati dengan corak persembahan anak buahnya namun pihak media gagal mendapat ulasan dari Irfan Bakti setelah jurulatih Terengganu tersebut memilih untuk memasuki bilik persalinan akibat rasa tidak puas hati dengan beberapa keputusan pengadil.

Rumusan perlawanan keseluruhan, Kelantan berhak memungut tiga mata setelah memberikan persembahan bertenaga sepanjang perlawanan malah berjaya memberikan tekanan berlipat kali ganda kepada pemain pelawat.

Kelantan menguasai dengan baik segenap posisi selain menekan pemain lawan untuk melakukan beberapa kesilapan mudah. Cuma, Kelantan sedikit tertekan di bahagian tengah setelah Shakir Shaari dikeluarkan untuk diganti dengan Wan Zaman.

Kelantan juga perlu berterima kasih dengan aksi pemain pertahanan setelah beberapa cubaan lawan untuk menjaringkan gol berjaya diatasi apabila mereka cekap memintas selain melakukan beberapa terjahan bersih mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Kunci kejayaan paling besar Kelantan semalam ialah semua pemain yang diturunkan fokus kepada perlawanan dan dapat menyerap tekanan dengan baik selain menggunakan seratus peratus sorakan penyokong untuk menundukkan lawan.

Manakala rumusan di pihak Terengganu, kealpaan pertahanan disamping gagal mengawal jentera serangan Kelantan menjadi punca kekalahan besar mereka kepada Sang Kijang.

Kawalan yang longgar dan membenarkan pemain Kelantan berleluasa mengawal kawasan mereka menjadi penyebab utama tetapi mereka juga perlu mengambil iktibar setelah pada awalnya melaungkan keyakinan untuk membenam lawan namun gagal sama sekali memberikan persembahan seperti yang dilaungkan.

Irfan Bakti pula seharusnya memikirkan taktikal yang berkesan andai bermimpi untuk mengejutkan Kelantan di Kota Bharu tetapi dia gagal sama sekali malah dilihat tertekan sejak dari permulaan perlawanan.


-RedsFC
 
Back
Top
Log in Register