BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Realme Design Studio Pertama Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Hari ini, realme melancarkan realme Design Studio yang pertama di Malaysia di mana teknologi dan seni berada dalam satu tempat yang sama. Realme telah bekerjasama dengan pereka terkenal seperti Naoto Fukasawa dan Jose Levy untuk menghasilkan trend terhadap produk realme.

Bercakap tentang reka bentuk, realme telah memenangi anugerah Red Dot Design untuk peranti X2 Pro Master. Selain itu, realme bukan sahaja pelopor dalam reka bentuk peranti tetapi juga dalam arena teknologi apabila mereka melancarkan teknologi pengecasan pantas 125W pertama di dunia.

Pelancaran studio ini juga adalah bersempena peranti terbaru mereka iaitu realme C12 dan festival peminat 828 realme. Menariknya lagi, studio ini dibina hanya dalam masa 20 hari. Banyak aktiviti menarik menanti buat peminat realme semasa pelancaran studio ini. Peminat boleh pergi ke studio ini yang terletak di Lot 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.

realme-Design-Studio-2.jpg


realme-Design-Studio-3.jpg
 
Last edited:
Realme Design Studio Di Buka Secara Rasmi

Realme Design Studio
kini dibuka secara rasmi, sebentar tadi. Menggabungkan elemen teknologi dan karya kreatif, ia merupakan studio pertama Realme di Malaysia. Studio ini juga merupakan hasil kerjasama Realme dengan sejumlah pereka terkenal seperti Narato Fukusawa dan Jose Levy dalam menghasilkan produk yang relevan mengikut trend semasa.

IMG_20200825_144317-950x852.jpg

Pembukaan studio ini menandakan satu lagi sejarah baharu buat Realme dalam terus memberikan yang terbaik buat para peminat setia. Difahamkan, pembinaan untuk studio ini hanya mengambil masa sekitar 20 hari sahaja dan hiasan dalamannya turut menerima sentuhan daripada sejumlah pereka terkenal.

IMG-20200825-WA0013-1-950x713.jpg

Dalam perkembangan lain, Realme juga akan mengadakan festival khas untuk para peminat pada 28 – 31 Ogos ini. Festival ini akan menampilkan persembahan menarik daripada sejumlah selebriti tempatan terkenal dan pelbagai lagi aktiviti menarik lain turut akan diadakan.

Realme Design Studio terletak di Lot : 58370 , Jalan Sungai Penchala , Kampung Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur. Ataupun, anda hanya perlu taip sahaja ‘Realme Design Studio‘ pada aplikasi Waze dan Google Maps.
 
Back
Top
Log in Register