Biarkan saya pergi - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo membuatkan kelab gergasi di Liga Perdana bersiap-sedia selepas mengakui mahu meninggalkan Real Madrid.
Sumber memberitahu: "Ya, Cristiano memberitahu presiden Florentino Perez yang dia mahu meninggalkan kelab."
Ia berikutan reaksi tidak gembira superstar Portugal tersebut selepas menjaringkan dua gol menentang Granada.
Ronaldo, 27, tidak meraikan kedua-dua gol tersebut dan selepas itu memberitahu: "Saya tidak gembira dan mereka di kelab tahu mengenainya."
"Ia mengenai isu profesional. Saya tak boleh ulas lagi."
Kelab berbelanja besar, City dan kelab lamanya, United akan memantau perkembangan ini – bersama dengan Chelsea.