BTC USD 82,471.6 Gold USD 4,120.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Real Madrid Real Madrid Transfer Rumours

Ada Pemain Real Kantoikan Ramos Suruh Mereka Tolak Pemotongan Gaji Kerana Ianya Untuk Beli Mbappe

https://**********/ada-pemain-real-...motongan-gaji-kerana-ianya-untuk-beli-mbappe/
 
#BHsukan Tonggak pertahanan itu bergelut dengan kecederaan musim ini dan hanya beraksi lima kali sejak awal tahun

 

Ramos menangis tinggalkan Real Madrid​


FILES-FBL-ESP-LIGA-REAL_MADRImmD-VILLARREAL_1623932890.jpg

​
Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos memegang trofi selepas memenangi La Liga di Stadium Alfredo di Stefano, Valdebebas tahun lalu. - AFP


MADRID: Sergio Ramos menangis sambil berkata meninggalkan Real Madrid adalah satu daripada saat paling sukar dalam hidupnya ketika dia mengucapkan selamat tinggal selepas 16 tahun di kelab berkenaan.

Pertahanan itu bermain 671 perlawanan buat Real Madrid dan akan diingati sebagai seorang daripada pemain terhebat selepas menang lima gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 35 tahun itu yang bergelut dengan kecergasan dan prestasi musim lalu, tidak bersetuju dengan sambungan kontraknya dan akan menjadi ejen bebas pada 1 Julai.

Ramos dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez memberikan ucapan pendek dalam majlis di pangkalan latihan kelab yang turut dihadiri keluarga Ramos.

"Saatnya sudah tiba, satu daripada yang paling sukar dalam hidup saya, kerana anda tidak pernah bersedia untuk meninggalkan Real Madrid," kata Ramos.

"Penyokong memberikan sokongan ketika saat bagus dan sukar. Saya mahu mengucapkan selamat tinggal di dalam stadium.

"Peringkat yang menakjubkan semakin hampir ditutup, sesuatu yang unik dalam hidup saya, tapi fasa baharu yang mengujakan akan bermula dan saya akan pergi dengan keinginan besar untuk menunjukkan kualiti dimiliki saya untuk tahun-tahun mendatang."

Ramos berkata dia mahu "menambah lebih banyak gelaran" terhadap rekod miliknya dan menambah "ini bukanlah selamat tinggal tetapi jumpa anda selepas ini kerana lambat laun saya akan kembali ke Real Madrid." - AFP


 
Back
Top
Log in Register