BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Reaksi hudud di Brunei

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kod Panel Syariah diperkenalkan di Brunei tidak menggalakkan penindasan atau kekejaman.

Kenyataan itu disampaikan mufti negara itu, Awang Abdul Aziz selepas ia diumumkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam.

“Memotong tangan, rejam atau sebat tidak dilakukan sebarangan. Ada syarat yang adil sebelum dilaksanakan,” katanya kepada The Brunei Times.

Pelaksanaan hukuman itu turut diterima seorang paderi Kristian yang berharap, undang-undang itu tidak dilaksanakan terlalu ketat seperti dalam undang-undang bertulis.

Sementara itu, Peguam Negara, Hayati Pehin Mohd Salleh mengingatkan rakyat supaya tidak memberi tumpuan kepada hukuman kerana itu bukan matlamat hukuman syariah.

“Ia penting kepada masyarakat untuk memahami perbezaan antara keterangan saksi, qisas dan tiada percanggahan fakta,” katanya.

Beliau berkata, kod itu mengambil kira hak-hak mangsa atau warisan mangsa termasuk ahli keluarga.

“Hukuman untuk membunuh adalah hukuman mati, sebelum ia dilaksanakan waris mangsa boleh memaafkan (qisas) atau meminta pampasan (diyat) dan mahkamah atau kerajaan tidak boleh mencampuri urusan ini. Bagi hukuman sebatan, ia sama seperti dilakukan oleh mahkamah sivil,” katanya.

Pelaksanaan hudud sebelum ini mendapat kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antarabangsa apabila menyifatkan hukuman itu sebagai satu bentuk penyeksaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/reaksi-hudud-di-brunei-1.276087
 
sebab xde populariti buku2 kajian berkenaan hudud islam...maka ramai yg salah tanggap...padahal hukuman civil adalah lebih kejam...

sama kes dgn sembelihan, eropah kata kekejaman terhadap haiwan...sembelih hidup2..
 
ni baru namanya sultan.
kat sini banyak sultan ada. apa pun tak jadi.
 
Semoga menjadi ikutan negara jiran dia.... Da xde alasan lagi dah...nak ngn xnak je....jgn tnduk desakan pihak luar...
 
adekah ini tanda tanda awal kebangkitan Islam
 
Back
Top
Log in Register