BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Reader Digest Super Contest ... siapa ada info

nama, alamat kita tu ada la tukang bg. sama ada kwn2, sedara, atau ada tukang kumpul alamat dan nama dlm internet, kemudian dia jual info.

aku dpt jugak, tp namanya guna nama keje aku, bukan nama penuh. kakaka. kalau masuk, menang sejuta pun xleh claim sbb bukan nama penuh. apa punya bengong la. nampak sgt data kutip2 dr internet yg dia guna utk anta surat dia.
 
semalam TokCu terima surat jemputan untuk menyertai 27th Super Contest yang hantar oleh Reader Digest.

Jika diisytiharkan sebagai pemenang, hadiahnya ialah RM625,000.

Apakah ianya scam atau penipuan secara halus.

Ini disebabkan timbul persoalan, bagaimanakah reader digest mendapat alamat rumah TokCu. sedangkan TokCu tak pernah melanggan atau ada apa2 kaitan dengan RD.

selain itu tidak pula dinyatakan tarikh serta tempat berlangsungnya pertandingan tersebut.

jika ada rakan cg yang mempunyai info, silalah share supaya jelas sikit aktiviti RD berkaitan contest anjurannya.

Hari tu keluar berita, Reader's Digest (RD) dah bengkrap (cawangan Malaysia ke Asia, entah). Diorg ni banyak buat :(scam yg tak langsung. Hantar kunci kereta kepada 'bakal pemenang', tapi itu pun kalau kita subscribe kepada RD selama tempoh setahun kalau tak silap. Konon2 hanya KITA sahaja yg dipilih dalam sesuatu kawasan tu. Kakak saya selalu dapat benda ni dulu. Diorg guna taktik ni utk tarik subscribers. RD adalah antara company :(scam yg dah bertahun melakukan :(scam secara halus.
 
if it's too good to be true, it IS too good to be true (scam)
 
haha..kunci kete..kunci rumah..cek..semua diorang bagi..
 
sama la.. aku pn dpt kunci kereta... tp aku tngk jiran aku xada keta lg.. so aku kasi la kunci kereta tu kat dia...
nk dpt hadiah tu kna langgan buku dia selamat setahun kalo xsilap..
lepas tu baru lyk join peraduan diaorg... layak xbermakna dapat hadiah..
 
kalau dah terjebak merana badan....setiap tahun auto debit dari CC..nak batalkan bukan main susah lagi...last2 kita kena repot kad hilang buat baru...hehehehe
 
ni kencing je ni... nanti dia suruh beli product2 die utk participate dlm contest tu... bila dah beli.. nanti dia hantar lagi surat suruh beli.. aku dah kena..
 
Ianya hanya marketing strategi.
Comes with it adalah peluang untuk dapat hadiah dalam cabutan. Tu pun kalau follow seperti apa yang diarahkan.
In the end, dia akan bawak la kepada langganan setahun RD. :)
Kalau fikir hadiah, jangan la langgan.
Kalau fikir artikel dan info yang boleh didapati dalam magazine dorang, berbaloi dengan harga langganan.
*Memang banyak benda boleh dapat dari internet zaman sekarang ni.
Tapi apa yang keluar dalam majalah dorang adalah apa yang 'dicerna' sesuai dengan tajuknya pun 'Reader's Digest'... :)
 
aku dah dapat macam-macam, cek,kunci keta, keychain, pasu seramik yang kecik,buku, tapi bukan free la,aku dah kena rm169 kot,pastu tobat xmau join dah,scam je
 
aku dah dapat macam-macam, cek,kunci keta, keychain, pasu seramik yang kecik,buku, tapi bukan free la,aku dah kena rm169 kot,pastu tobat xmau join dah,scam je

Hahahaha.
Sama la mcm saya.
Lama dah dalam 4-5 thn lepas.
Ada la beli buku2 dari RD ni.
Dalam seratus lebih gak.
Pastu lama2 dok pos surat mai kat kita.
Buat xtau je la.
Ngarut sgt dah lama2. Hehehe...
 
Back
Top
Log in Register