Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KAPAR - "Tolong.. jangan potong jari saya, kalau mahu cincin ini ambillah semuanya," demikian rayu seorang suri rumah, Sarojini, 55, kepada penjenayah yang cuba memotong jarinya dengan pisau demi mendapatkan cincin emas yang dipakai.
Kejadian itu berlaku ketika penjenayah berkenaan bersama tiga lagi rakan memecah masuk kediaman Sarojini di Taman Intan, di sini beberapa hari lalu.
Sarojini berkata, salah seorang penjenayah itu cuba mengeluarkan cincin dari jarinya, bagaimanapun gagal menyebabkan penjenayah itu segera ke dapur mengambil pisau lalu diacukan ke arahnya.
"Saat itu saya merayu berkali-kali agar tidak memotong jari saya sambil memegang kakinya, saya cuba mengeluarkan cincin dan akhirnya berjaya lalu dirampas penjenayah itu, leher saya turut dicekik apabila cuba ingkar arahan kumpulan berkenaan supaya menanggalkan semua barang kemas yang dipakai," katanya.
Tidak cukup dengan insiden itu, Sarojini berkata, dia turut ditumbuk mengakibatkan kecederaan dan bengkak di beberapa anggota badan termasuk mulut.
"Pada waktu itu, saya fikir saya akan meninggal dunia," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, keempat-empat lelaki berkenaan dipercayai memasuki kediaman mangsa melalui pintu belakang sementara seorang lagi rakan lain menunggu dalam kereta.
Anak mangsa, Rajan berkata, ketika kejadian, ibunya tinggal sendirian sementara dia dan seorang adiknya keluar bekerja.
"Salah seorang daripada mereka memakai topeng, tiga lagi tidak menutup muka, ibu tidak dapat mengecam wajah mereka dengan jelas memandangkan sebaik diserbu, muka ibu terus ditolak ke sofa dan lantai," katanya.
Rajan berkata, dia perlu berterima kasih dengan tindakan pantas jirannya yang segera melaporkan kepada polis sebaik menyedari insiden itu.
Menurutnya, ketika penjenayah sedang menyelongkar rumah berkenaan, polis telah bertindak mengepung rumah berkenaan.
"Menyedari dikepung, semua penjenayah bertindak memecahkan siling bilik tidur tingkat atas dipercayai untuk melarikan diri, bagaimanapun kepantasan polis berjaya menangkap semua penjenayah termasuk rakannya yang sedang menunggu dalam kereta," katanya.
Satu laporan polis kemudiannya dibuat, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara