BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raya lambat lagi..tapi stok dah ada.....

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Mercun Dirampas Dari Pemandu Bas Persiaran
BUKIT KAYU HITAM: Lambat lagi untuk menyambut hari perayaan, namun mercun dan bungai api sudah diseludup masuk ke dalam negara dari negara jiran di sebelah utara.

Dalam satu kes di sini hari ini, pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM600 dirampas oleh Kastam Diraja Malaysia dari sebuah bas persiaran yang baru tiba dari Hat Yai, Thailand. Rampasan dibuat di KM 1.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

"Semua mercun dan bunga api itu dijumpai disorok di bahagian tempat simpan barangan penumpang dalam bas tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua mercun dan bunga api itu adalah milik pemandu bas berkenaan," kata Komander UPP Kedah, Mohd Noor Idris.

Beliau berkata pemandu yang berumur 40 tahun itu kini ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

"Semua penumpang dan pemandu bas berkenaan adalah dari Melaka yang baru pulang dari Hat Yai," katanya. -BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/jenayah/...star_jenayah/20100620192250&sec=mstar_jenayah

posa pun blum nampak anak bulan lagi.....
 
ader ker geng cg yg blei supply mercun nih heheh
 
ada aku rasa...tanya2 la..sure ada....
 
mercun dibakar tak kira raya apa.. asal jer ada raya.. depabali pun depa bakar mercun.
 
Orang kawen pun sekarang bakar mercun..
 
dulu boli kek sempadan rm200,den dapek 7 plastik hitam ponuh campur campur. kek umah den berlambak lambak mocun ni.tak tau nak main dah.
 
bisnes tuh..
prepare awal2...
untung pun banyak..
cuma haram..
hehe..
 
Back
Top
Log in Register