BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketukan pintu kuat tapi tidak ada sesiapa di luar, berlaku serentak di beberapa rumah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201



Ketukan pintu kuat tapi tidak ada sesiapa di luar, berlaku serentak di beberapa rumah

Kepala Batas: Seorang wanita tidak menyangka bunyi ketukan pintu rumah yang didengari pada awal pagi Khamis lalu turut berlaku di beberapa kediaman lain sekitar kawasan ini sehingga ia menimbulkan tanda tanya penduduk.

Nadia Hafiz, 32, berkata, dia pergi ke bahagian tingkap dan menyelak sedikit langsir bahagian depan rumahnya untuk melihat keadaan di luar selepas terdengar bunyi ketukan itu, namun tidak ada sesiapa.

"Pada hari itu saya tidak berapa sihat jadi kerap bangun berulang-alik ke tandas. Kira-kira jam 4 ke 5 pagi macam tu tiba-tiba saya terdengar bunyi ketukan pintu rumah yang kuat.

"Dengan memberanikan diri, saya perlahan-lahan pergi ke bahagian tingkap dan selak sedikit langsir untuk lihat siapa yang ada di luar tetapi tidak ada orang namun bunyi ketukan itu ada.

"Semasa kejadian, hanya ada saya dan empat anak berusia dua hingga 12 tahun berada di rumah, manakala suami sedang bekerja," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dia berkata, keesokannya dia menceritakan perkara itu kepada jirannya dan tidak menyangka terdapat lima rumah lain yang mengalami keadaan serupa termasuk kawasan perumahan sekitar Bertam.

"Kami tinggal di Kampung Paya Keladi, di sini, yang kebanyakan rumah termasuk rumah saya mempunyai pagar malah 'autogate' (pagar automatik), jadi bila jadi macam ini membuatkan saya bersama penduduk lain pelik.

"Nak kata penjenayah, mengapa ketukan berlaku secara serentak di setiap rumah. Ada penduduk yang memasang CCTV (rakaman kamera litar tertutup) dan melihat semula memang betul terdengar bunyi ketukan itu maka ia menjadi tanda tanya.

"Tambahan pula, saya ingat kejadian ini berlaku kepada saya dan penduduk di kampung ini sahaja tetapi tak sangka berlaku di kawasan Bertam juga hingga rakaman CCTV tular di media sosial" katanya yang memaklumkan tiada sebarang laporan polis dibuat namun berharap rondaan keselamatan dapat dijalankan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam rakaman CCTV berdurasi lebih satu minit dari sebuah rumah penduduk di Bertam Perdana yang memaparkan bunyi ketukan pintu kediaman yang ia dikatakan berlaku serentak dengan kediaman lain.

Dalam rakaman berkenaan terlihat pintu pagar rumah tertutup rapat tetapi bunyi ketukan kuat di pintu hadapan menjadi tanda tanya sehingga hari ini memandangkan tiada kelibat manusia dilihat.

Ketukan misteri itu dikatakan didengari jam 4 pagi ke atas dan sebelum itu pernah dilaporkan berlaku di kawasan Tasek Gelugor.
 
Back
Top
Log in Register