BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raya di Rumah Mentua

awise

Fun Poster
Messages
348
Joined
May 22, 2006
Messages
348
Reaction score
0
Points
10
Aku bukak thread ni supaya sama2 leh bincang n kongsi cerita bagaimana beraya di rumah mentua...cerita kelakar, sedih, apa2 sajalah ttg raya di rumah mentua ni.... :-D
 
Walaupun aku blom kahwin lagi...
mungkin nasihat ni boleh dijadikan peringatan dan panduan kat kita semua...
baik yg dah kahwin or belom lagi...
:D

TIDAK SUKA MENYAMBUT RAYA DI RUMAH MENTUA?

Perkara begini selalunya melanda kaum hawa berbanding kaum lelaki walaupun ada juga segelintir kaum lelaki yang menghadapi situasi tersebut. Jika ianya berlaku di awal perkahwinan mungkin boleh dianggap sebagai lumrah tetapi sekiranya berlarutan sehingga telah beranak pinak, tentunya si menantu bersama pasangannya tidak akan dapat menikmati kehidupan berkeluarga yang sempurna. Lebih-lebih lagi kiranya mereka tidak dipedulikan lagi oleh adik - beradik serta ahli keluarganya yang lain. Mengapa perkara seperti ini terjadi?

Antara penyebabnya ialah :

1) Menantu yang ego dan mementingklan diri sendiri.
2) Menantu merasa taraf mereka lebih tinggi. Selalunya terjadi sekiranya menantu berasal daripada keluarga berada dan bandar manakala pasangan / keluarga mentua dari kampung dan tidak berpendidikan.
3) Mentua tidak menyukai menantu. Mungkin mentua mempunya calon pilihan sendiri.
4) Menantu atau mentua yang tidak sekufu. Contohnya mentua keturunan Syed manakala menantu orang biasa.
5) Menantu berasal daripada anak tunggal sedangkan suaminya mempunya ramai adik beradik. Sudah tentu rumah mentua akan riuh rendah kerana semua anak cucu pulang di hari raya. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak selesa pada menantu yang telah biasa dalam keluarga kecil dan rumah yang sunyi.
6) Budaya hidup yang berbeza. Contohnya menantu sudah terbiasa hidup bebas dan mengamalkan gaya hidup barat sedangkan suami berasal daripada keluarga yang kuat berpegang pada agama, ataupun sebaliknya.
7) Cita rasa makanan yang berbeza.
8)Tidak ada rasa bertolak ansur antara mentua dan menantu. Menantu berpendapat : " Kau berada di rumah aku, kau kena ikut cara aku".

Cara Penyelesaian :

1) Perkara pertama yang perlu diingat : apabila berkahwin seseorang itu bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya malah dengan keluarganya sekali. Dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut jadi mahu atau tidak, mereka perlu pandai membawa dan menyesuaikan diri.
2) Ketepikan rasa ego kerana ianya tidak menguntungkan. Ikutlah pepatah orang tua - tua " masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Jangan sesekali merasa jijik jika mentua anda orang kampung dan miskin.
3) Bagi kaum hawa, haruslah diingat agar tidak sesekali cuba merenggangkan hubungan antara si suami dan ibunya. Harus diingat bahawa tanggungjawab suami terhadap ibunya masih berjalan walaupun dia telah berkahwin. Syurga si suami masih di bawah tapak kaki ibunya.
4) Risik daripada pasangan apa yang digemari oleh ibu mentua. Sekiranya ibu mentua suka menanam pokok, setiap kali pulang hadiahkan pokok - pokok bunga yang cantik yang belum ada dalam koleksinya.
5) Jika anda bukan menantu pilihan, sentiasalah cuba untuk mengambil hati mentua. Seperti membantu melakukan kerja-kerja rumah dan membelikan buah tangan termasuk baju raya. Sekiranya telah bertahun - tahun mencuba tapi masih tidak disukai, maka lupakan sahaja dan teruskan kehidupan seperti tiada apa - apa berlaku. Jangan sesekali tunjukkan rasa sedih sebaliknya tunjukkan wajah yang sentiasa ceria yang mencerminkan kehidupan anda bersama pasangan yang bahagia.
6) Mungkin anda datang dari keluarga berda atau orang berketurunan dimuliakan. Ketepikan perasaan tinggi diri jika anda inginkan suasana yang ceria agar bukan sahaja disayangi mentua tetapi juga perasaan cinta pasangan anda akan semakin mendalam. Harus diingat bahawa keturunan atau keberadaan tidak mencerminkan tahap kemuliaan anda di sisi Tuhan.
7) Sebagai orang yang lebih muda, seharusnya anda lebih banyak mengalah. Tak rugi mengalah dan tak untuk jika terus berkeras.
8)Jangan lupa, selalunya sejarah akan berulang. Jika hari ini anda membenci mentua, tidak mustahil suatu hari kelak menentu anda pulak yang akan membenci anda. Berfikirlah seperti orang berpendidikan, bukannya mengikut emosi.
9) Beritahu pasangan jika anda berasa kurang selesa. Mungkin dia boleh menasihati bagaimana untuk berhadapan dengan ahli keluarganya sendiri. Lagipun adalah tidak sihat jika anda menyimpan semua masalah di dalam hati.
 
ya...isu yg sering diperkatakan time raya2 nie sudah di post..ape lagi ayuh berforum :p
 
kekekekekek..bulan pose ni aku duduk umah mertua la...nasib baik kitorang ngam..
 
wahh best la ko...
makan minum ada org jaga...
satu bab dah selesai tu.
 
hurmmmm...aisey..kakak aku baru kawin..kalau raya thn ni dia ikut abg long balik kg...sedey la aku..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....iskhhhhhh
 
takde ke makcik makcik pakcik pakcik yg main hyip ni yg nak ambik aku jd menantu..hehe..:D
nanti blk kg raya bule borak psl refund..:D
 
lazman said:
takde ke makcik makcik pakcik pakcik yg main hyip ni yg nak ambik aku jd menantu..hehe..:D
nanti blk kg raya bule borak psl refund..:D

ishh
 
hurmmmm...aisey..kakak aku baru kawin..kalau raya thn ni dia ikut abg long balik kg...sedey la aku..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....iskhhhhhh saper suruh ko tak kawin lagi angah nanti jd anak dara tua tak laku terus nanti
 
Sape ye bakal mentua aku....
X kisah la,janji rock.... :-D
 
Back
Top
Log in Register