BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rawatan selepas bersukan

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Hafiz Ithnin

[email protected]
KEJOHANAN sukan memberi kesan kepada tubuh badan dan mental.
KEJOHANAN sukan memberi kesan kepada tubuh badan dan mental.



Sejak kerajaan mengumumkan untuk membenarkan aktiviti sukan terdapat pelbagai kejohanan diadakan.

Malah, latihan kendiri yang dilakukan ketika'dikurung' juga boleh dibuktikan menerusi penyertaanpelbagai kejohanan sukan yang diminati.

Dalam persediaan menyertai kejohanan sukan, pastinya terdapat segelintir yang tidak begitu memberi perhatian terhadapbeberapa perkara termasuk aspek pemulihan selepas menyertainya.

Sainstis kecergasan, Riquan Aqif Ropli berkata, aspek pemulihan adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Apatah lagi, jika seseorang itu adalah dalam kalangan mereka yang aktif menyertai pelbagai kejohanan sukan dalam tempoh terdekat.

Katanya, pemulihan selepas menyertai kejohanan penting kerana ia bukan sahaja dapat memberi kesihatan kepada bahagian badan yang terbabit supaya lebih bersedia untuk aktiviti kecergasan seterusnya, malah dapat mengelakkan daripada berlakunya kecederaan untuk jangka masa yang panjang.

"Kebiasaannya untuk menyertai kejohanan sukanseseorang itu akan berlatih untuk satu tempoh masa yang lama supaya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

"Jika selepas menyertai kejohanan, amalan pemulihan tidak dilakukan, ia boleh mengakibatkan beberapa perkara berlaku antaranya tubuhtidak bersedia untuk kejohanan seterusnya yang mungkin tempoh antara satu sama lain amat dekat. Sekali gus boleh merosakkan otot," katanya.
 
 TIDUR yang cukup penting bagi mengembalikam stamina selepas kejohanan.
TIDUR yang cukup penting bagi mengembalikam stamina selepas kejohanan.


Justeru, Riquan menyenaraikan lima perkara yang perlu dilakukan bagi pemulihan selepas menyertai kejohanan sukan:

1. Tidur

Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang mencukupi terutama pada sebelah malam. Sekiranya terdapat kejohanan sukan yang berterusan seperti dalam seminggu terdapat dua kejohanan, tempoh waktu tidur yang terbaik untuk hari pertama selepas kejohanan antara tujuhhingga 12 jam.

Waktu tidur berkualiti sangat penting bagi menghasilkan hormon tumbesaran 'growth hormone'untuk memperbaiki sel-sel spesifik yangbanyak digunakan ketika kejohanan.
 

2. Nutrisi


Pemakanan amat penting selepas menyertai pelbagai kejohanan kerana ia dapat membantu mengembalikan tenaga. Selain itu, ia khasiat di dalam pemakanan juga mampu memperbaiki tubuh badan yang rosak seperti otot.

Pengambilan nutrisi bergantung kepada jenis sukan yang dilakukan seseorang itu. Misalnya, dalam kejohanan muai thai atau kick boxing, seseorang itu memerlukan pengambilan protein dalam jumlah tertentu bagi untuk pemulihan otot. Selain itu, pengambilan kalsium juga penting untuk memperbaiki sel tulang.



MAKANAN yang mempunyai nutrisi penting untuk badan.
MAKANAN yang mempunyai nutrisi penting untuk badan.


Bagi kejohanan membabitkan endurance yang tinggi seperti larian dan bola sepak, sejurus tamat kejohanan pengambilan karbohidrat yang tinggi untuk menggantikan glukos daripada tubuhterus menggunakan protein sebagai sumber tenaga. Seterusnya pengambilan sumber protein yang tinggi yang terdapat dalam makanan untuk pemulihan otot.
 
Ice-cubes-background.jpg


3. Ais

Berendam di dalam ais adalah salah satu kaedah yang dapat memulihkan penat selepas menyertai sesuatu kejohanan.

Ia berfungsi untuk mengurangkan kecederaan seperti bengkak, rasa tegang otosekali gus mempercepatkan pemulihan.
 
1648589061252.jpeg


4. Urutan sukan

Urutan sukan banyak memberi manfaat kepada mereka yang aktif menyertai pelbagai kejohanan kerana ia memberi fokus kepada bahagian otot yang mengalami kesakitan.

Ketika aktiviti sukan dilakukan, kebiasaannya terapi profesional akan memastikan otot yang 'ketat' akibat tekanan ketika kejohanan dapat kembali dalam keadaan normal. Selain itu, ia dapat melancarkan peredaran darah.
 
5. Mental

Ketika menyertai kejohanan sudah semestinya bakal berlaku tekanan kepada mental dan perkara ini perlu diberi perhatian supaya individu itu tidak terus mengalami tekanan mental untuk jangka masa yang panjang. Apatah lagi tempoh antara setiap kejohanan itu berdekatan.

Bergaul dengan individu yang mempunyai aura positif dan berkongsi masalah dengan merekaantara langkah yang terbaik.

Selain itu, pastikan jika berlaku kecuaian dalam kejohanan sebelum itu, ia bukan menjadi sesuatu yang negatif tetapi menjadi strategi untuk ke arah lebih baik untuk kejohanan seterusnya
 
Back
Top
Log in Register