ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Oleh ADLINAHANI KHALIL
[email protected]
KUALA LUMPUR 18 April
orang ramai dinasihat membuang persepsi bahawa ketidakseimbangan hormon merupakan masalah kesihatan yang berkekalan.
Sebaliknya, masalah tersebut boleh dirawat menerusi pelbagai kaedah, selain mengamalkan gaya hidup dan pengambilan makanan sihat.
Pakar estetik dan juga pengasas Marissa Esthetic, Dr. Rushmini Maris Ismail berkata, terdapat beribu-ribu hormon di dalam badan manusia, namun hanya beberapa yang diperlukan untuk menstabilkan kesihatan.
“Antara hormon yang penting untuk badan termasuk hormon tahan sakit, tenaga, kulit, antiradang, tidur dan metabolisme.
“Kesemua hormon tersebut perlu dijaga dan dikekalkan dalam badan bagi menjamin tahap kesihatan yang konsisten biarpun sudah berusia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu mengenai hormon dan kesihatan dalam Bengkel Cantik, Ceria dan Cergas anjuran Mingguan Malaysia, di Dewan Besar Utusan Melayu, di sini hari ini.
Turut diadakan sesi soal jawab berhubung masalah hormon dan kesihatan, terutamanya dalam kalangan wanita dan demonstrasi memakai alat solek berasaskan vitamin.
Mengulas lanjut, Rushmini Maris menerangkan bahawa, senaman yang kerap dan teratur termasuk pengambilan makanan sihat boleh membantu seseorang mengekalkan hormon di dalam badan, selain membekalkan tenaga yang mencukupi.
Katanya, pelbagai penyakit boleh terjadi sekiranya hormon semakin merosot dalam badan.
“Sebagai contoh, penyakit kencing manis berlaku apabila hormon insulin yang dikeluarkan oleh badan tidak mencukupi atau tidak berkesan dalam memproses glukos.
“Sehubungan itu, pesakit kencing manis perlu bergantung pada ubat atau menyuntik insulin bagi mengawal kadar gula dalam darah dan kencing,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk masyarakat hari ini mengetahui fungsi hormon dalam badan bagi mengekalkannya.
Katanya, sikap ambil mudah dan tidak konsisten menjalani hidup sihat menjadi antara penyumbang utama kepada masalah ketidakseimbangan hormon.