BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

rawatan bekam di PJ

bagus ni,dah lame saya nk try...nak kene puasa dulu ke tt??
 
salam TT,

Sy belom faham kaedah bekam ni, jadi sy nak tanya, bagaimana yg dikatakan kaedah bekam ni boleh mengeluarkan darah kotor?

Macam mana you kesan yg darah nak dikeluarkan tu ialah darah kotor?

Thank you in advance.

bekampinggang.jpeg

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Dengan menggunakan kaedah bekam, sel darah merah yang mati atau darah kotor akan dikeluarkan dengan alatan bekam seperti dalam gambar.
Darah kotor sudah tidak mengandungi oksigen (tekanan rendah). Apabila cawan bekam ditekap pada point-point tertentu pada tubuh (perawat yg berpengalaman tau di mana point-point ini).
Darah kotor ini akan berkumpul(lebam) dan seterusnya tempat yang lebam ini akan ditusuk dengan jarum dan darah kotor tersebut akan dikeluarkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut telefon perawat sendiri atau datang ke tempat rawatan untuk melihat sendiri bagaimana rawatan dijalankan.
 
rawatn gurah tu rawatan utk ape...?
ada kat gambar banner tu............

gurah.jpeg

Khasiat rawatan gurah ini boleh menyembuhkan masalah resdung yang kerap bersin pagi,mengeluarkan semua lendir pada hidung dan kerongkong supaya nafas panjang,ringan dan melunakkan suara jika mengaji/azan/menyanyi.
 
Back
Top
Log in Register