BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raungan pilu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
mainpix

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.

Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.

Dalam keadaan menyeksakan itu, Arief cuba ditenang beberapa pengguna jalan raya sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Jurucakap polis trafik ketika dihubungi berkata, sehingga petang semalam, pihaknya belum menerima laporan daripada pemandu lori berkenaan berhubung kejadian itu.

Katanya, jika dalam tempoh 24 jam pemandu berkenaan gagal tampil membuat laporan polis, kejadian itu akan disiasat mengikut kes langgar lari.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mengenal pasti nombor pendaftaran lori yang dipercayai menggilis kaki mangsa diminta memberikan kerjasama dengan menghubungi hotline polis 07- 2212999.
 
sian aku tngok.. nauzubillah..
Tahziah buat mangsa..
 
kesian dia..nak raya ni..huhu
 
adooi!!..ya allah hanya DIA je lah tau....kesakitan/pedihann yg amaat tu skelip aje suda jadi OKU ,kaki hilang lagi....silap2 keja pon hilang,haku ucapkan takziah,yela raye dah dekat dah kan ..

kenderaan besar patut berhati2 ngan kenderaan kecil..tu cara atas jalan raya kalu haku tak tenguk atau jaga2x, motor lain masa bawa dugong haku..byk yg dah kena langgar..lori/treiler kena aware lah ckit ngankenderaan kecil cam keta apatah lagi moto..

kdg2xmotoristpon samer gak main selit2...tolong hati2 laaaaaaaa, kebanyakannya haku tgk suamiisteri naik motor dok selit2....tolong ler kenangkan anak2 kat umah, klu jadi apa2 ,sundiri musti ingat lahh

p/s yang naiki bas balik..tu klau pemamdu bas bawak laju..korg tengking jer dari belakang..kasi sedarrr ckit..akhir skali dari haku,...slamet hari idul fitri maag zahir batin..ampoooon!
 
sedih siot. buat aku makin takut bawa motor. pemandu2 lori skrg makin bahaya bawa lori. aku dah takut bawa motor. ni dah dekat sbln tak bawa motor. fobia. motor pun dah tak leh start dah sbb lama sgt tersadai.
 
siannya...mesti sakit yang amat sangat tu..
 
astaghfirullah... sedih aku tgk n nkesian sgt2... nak raye da ni...
 
uih seram lak..kita tgk pn dah rasa cmni, dia yg menghadapi x tau la nk ckp..takziah utk dia..

aku tgk skg ni yg bw kereta ok lg, masalah yg bw lori ni, perangai cam takde otak je..petang tadi aku balik pn ade 1 lori pick up ni,nk laju je..mcm nk sondol je smua moto depan dia,ape2 pun aku elak dl la..duk tepi..bagi driver2 yg bw mcm xde akal, igt2 la..camna kalo kena pada org yg anda sayang,ape rase?x kena cash kt dunia, akhirat sok bayo la ko instalment dia.
 
Back
Top
Log in Register