BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RATU SYAMSI

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
SIRI PARA RAJA: RATU SYAMSI

Ratu Syamsi merupakan seorang pemerintah di Adumu atau Dumah al-Jandal yang berasal dari kabilah Qhaidar bin Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim. Sebagai pemerintah, Ratu Syamsi memerintah rakyatnya dengan sikap yang terbuka, berjiwa rakyat dan mempunyai cita-cita yang tinggi dalam meluaskan jajahannya.

Walaupun begitu, selama pemerintahannya, Ratu Syamsi terpaksa tunduk dibawah kekuasaan Empayar Assyria dan sering diperangi oleh musuh-musuhnya. Salah satu musuhnya yang nyata adalah penguasa Empayar Assyria itu sendiri yang bernama Shalmaneser III. Sebagai ratu jajahan Empayar Assyria, Ratu Syamsi telah membuat sumpah di hadapan Dewa Shamash bahawa ia akan memperlakukan orang-orang Assyria dengan baik.

Untuk keluar dari pengaruh jajahan, Ratu Syamsi pun bersekutu dengan Raja Damascus (Damsyik) untuk menentang orang-orang Assyria dan keluar dari menjadi ratu taklukan Assyria. Segala sumpah janji yang dilakukan dilanggarnya malah Ratu Syamsi sendiri ikut menghalang kafilah Assyria dari berdagang.

Hal ini diketahui oleh Raja Shalmaneser III dan disebabkan Ratu Syamsi melanggar janjinya, Raja Shalmaneser III dengan segera mengirim sepasukan tentera untuk menundukkan Ratu Syamsi. Raja Shalmaneser III datang menyerang dan menguasai dua kota penting dari sejumlah kota yang baginda kuasai. Raja Shalmaneser III juga berhasil menundukkan tentera Ratu Syamsi sehingga mereka tidak memiliki cara lain kecuali harus tunduk dan menyerah diri.

Di dalam rekod yang ditinggalkan oleh Raja Shalmaneser III, baginda menceritakan bahawa pada tahun kesembilan pemerintahannya, baginda datang menyerang dan berhasil menakluki Ratu Syamsi. Dalam serangan itu, Ratu Syamsi mengalami kerugian yang sangat besar dengan kematian tenteranya seramai 1100 orang, 30,000 ekor unta dan 20,000 haiwan ternakan sebagai rampasan. Ratu Syamsi pun melarikan diri menuju ke Bazoo dan dalam pelariannya, Ratu Syamsi sering berlapar dan dahaga. Dalam rekod, Raja Shalmaneser III menggambarkan Ratu Syamsi tanpa pakaian dengan rambutnya yang terurai sambil membawa satu bekas.

Demi melindungi keamanan orang-orang Assyria, Raja Shalmaneser III telah mengangkat seorang pesuruhjaya tinggi di wilayah Ratu Syamsi. Tujuannya agar baginda dapat mengirimkan laporannya kepada hakim agung Assyria di Suriah berkaitan program yang dijalankan oleh Ratu Syamsi.

Beberapa tahun kemudian, Ratu Syamsi menghantar wakil ke Assyria untuk menjalinkan hubungan perdamaian dan meminta restu dari Raja Shalmaneser III. Ratu Syamsi telah menghimpunkan sejumlah pemimpin kabilah dan pengikut setianya. Di antara mereka ialah Yaraba' (Jarapa) sebagai ketua perwakilan, Hataranu, Ganabu dan Tamranu. Tidak diragukan lagi bahawa semua nama tersebut adalah nama Arab yang ditulis sesuai dengan dialek Assyria.

Dalam perundingan damai itu, Raja Shalmaneser III menekan Ratu Syamsi agar menyerahkan cukai kepadanya setelah Arab dikuasai tentera Assyria. Adapun cukai yang diserahkan oleh Ratu Syamsi kepada Raja Shalmaneser III berupa emas, perak, unta, kain dari Mas'a, Taima, Saba', Khayabah, Bathanah, Khatti dan Ibida'il. Setelah Ratu Syamsi menyerahkan cukai kepada Raja Shalmaneser III, sejumlah kabilah dan suku Arab juga turut menyerahkan cukai mereka kepada Raja Shalmaneser III. Peristiwa ini terjadi sekitar tahun 736 Sebelum Masihi.

Cukai yang dikenakan berterusan sehingga ke pemerintahan Raja Sargon II (724-705 SM). Dalam catatan yang ditinggalkan, Raja Sargon II menceritakan bahawa pada tahun ketujuh pemerintahannya iaitu sekitar tahun 715 SM, baginda telah menyerang dan menggalahkan kerajaan Tamudi, Ibadidi, Marsimani dan Hajapa. Setelah peristiwa itu, Raja Sargon II telah memungut cukai dari Ratu Syamsi, Raja Pir'u dari Kota Misuari dan Raja 'Itha Anda dari kerajaan Saba'. Cukai yang dikenakan berupa emas, hasil tambang gunung, batu suci, gading gajah, berbagai biji-bijian, tumbuh-tumbuhan, kuda dan unta.

Walaupun begitu, Ratu Syamsi berhasrat untuk keluar dari menjadi ratu jajahan. Segala usaha yang dilakukan tidak berhasil malah menyukarkan lagi hidupnya akibat desakan dari pemerintah Empayar Assyria. Beberapa tahun selepas itu, Ratu Syamsi pun mangkat dan tampuk pemerintahan ya digantikan oleh penguasa yang lain.

#MAMR


 
Back
Top
Log in Register