BTC USD 82,585.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

** Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka **

xsweat

Active Member
Messages
2,102
Joined
Apr 25, 2011
Messages
2,102
Reaction score
229
Points
33
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)

Jika kita perhatikan keterangan dan hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam neraka...jadi sama samalah kita menjadikan ianya iktibar bagi kita semua..insyallah.
 
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.'
...maksudnya dah ada manusia yang dah dihukum masuk neraka la ye walaupun dunia belum kiamat
 
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.'
...maksudnya dah ada manusia yang dah dihukum masuk neraka la ye walaupun dunia belum kiamat

Rasulullah banyak nampak bayangan masa hadapan.
antara mukjizat Rasulullah mmg nampak masa depan.
 
Benar tuan, ini terjadi kepada saya. Saya anggap ini dugaan Allah SWT kepada saya, saya redha dan tetap berusaha supaya kembali aman. Saya tetap sabar walau dihina dan tanda kebencian yang amat sangat ditunjukkan kepada saya. Sampai satu tahap minta dilepaskan. Demi anak-anak saya yang masih kecil saya bertahan, kesian saya takut anak jadi mangsa. Setiap hari saya panjatkan doa supaya isteri saya diberi taufiq dan hidayah supaya sedar apa yang berlaku kepada isteri saya, tetapi semua yang saya buat semuanya buruk belaka. Semoga Allah beri hidayah dan mengampuni semua perbuatannya. Sahabat semua, tolong doakan saya semoga rumahtangga saya kembali aman.
 
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.'

...maksudnya dah ada manusia yang dah dihukum masuk neraka la ye walaupun dunia belum kiamat


1- apa yg ditunjukkan kpd Rasulullah S.A.W itu adalah mukjizat.

2- perkara yg ditunjukkan kpd Rasulullah S.A.W itu [wanita dlm neraka] adalah perkara yg berlaku selepas kiamat.

3- Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yg telah lalu dan yg akan datang.

4- Allah Maha Berkuasa menunjukkan sesuatu itu kpd Rasulullah S.A.W.

inilah apa yg saya pelajari dan difahamkan... Wallahu A'lam.
 
Back
Top
Log in Register