BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah penguat kuasa serius

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Sebahagian daripada skid tank dan kenderaan diubah suai bagi menjalankan kegiatan penyeludupan bahan bakar bersubsidi yang dirampas oleh Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara dan KPDNKK baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Sogokan RM500 sebulan untuk sebuah lori, RM1,800 untuk seorang warga asing dan menerima bayaran bulanan sehingga RM140,000.


Itulah bentuk rasuah yang kini semakin mengancam hampir kesemua agensi penguat kuasa di negara ini.
Satu sumber berkata, tahap integriti anggota penguat kuasa dilihat longgar sejak 20 tahun lalu dan berterusan sehingga kini yang bukan sekadar berlaku di satu atau dua buah agensi malah boleh dikatakan hampir semua agensi.

Sumber itu mendedahkan ada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan pusat peranginan di Pantai Timur dikenal pasti menerima sogokan daripada pengusaha atau kontraktor yang menggunakan perkhidmatan kenderaan berat seperti lori sayur dan lori pembancuh simen.
Dakwanya, sogokan sebanyak RM500 sebulan untuk sebuah lori itu bertujuan melepaskan kenderaan berkenaan kerana tidak mempunyai cukai jalan dan insurans serta dipandu warga asing tidak berlesen.

“Segelintir anggota Jabatan Imi*gresen pula didakwa terlibat mempercepatkan proses dokumentasi permohonan warga asing, membawa warga asing keluar ikut jalan belakang dengan menerima rasuah antara RM150 hingga RM1,800 seorang.
“Boleh dikatakan perbuatan tidak berintegriti dan rasuah dikesan berlaku dalam semua agensi penguat kuasa yang jika tidak dibendung boleh mengancam negara,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Sumber itu menjelaskan, anggota agensi penguat kuasa yang terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa didapati hidup senang serta berbelanja mewah berbanding gaji bulanan diterima mereka sebagai penjawat awam.
Katanya, kebanyakan mereka menerima wang secara bulanan menerusi runner sebagai sogokan daripada sindiket untuk melindungi perniagaan atau kegiatan haram terutama di kawasan masing-msing.

Sumber itu memberikan contoh bagaimana seorang pegawai kanan agensi penguat kuasa di sebuah daerah di Pantai Timur yang menjalani kehidupan mewah seperti memiliki rumah besar dan mempunyai empat buah kereta mewah termasuk diletakkan di bangunan pejabatnya bagi mengelakkan daripada kegiatannya dihidu.
“Terdapat pegawai kanan penguat kuasa ditaja oleh sindiket untuk bercuti ke luar negara dalam tempoh yang agak lama. Jika hendak dibandingkan dengan gaji bulanan yang diperoleh, agar susah bagi mereka berbuat demikian.

“Selain memberi sogokan berbentuk wang tunai, sesetengah sindiket juga menyalurkannya dalam bentuk lain seperti hartanah mengikut permintaan anggota dan pegawai terlibat supaya penyelewengan itu tidak dikesan,” dakwanya.
Menurut sumber itu, pendapatan bulanan anggota dan pegawai pelbagai agensi penguat kuasa pada masa ini adalah memadai namun sikap tamak sesetengah daripada mereka untuk hidup mewah mencalarkan integriti institusi kerajaan.

Katanya, kelompok itu lupa diri dan berbelanja melebihi daripada kemampuan masing-masing sehingga mendorong kepada perlakuan menerima rasuah daripada sindiket yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
 
Last edited:
baru nak mengaku? dah lama rakyat bagitahu tp buat derkk je korang. bila dh parah mcm ni, baru nak struggle. itu la lain kali rakyat bagitahu tu sila la dgr. jgn sapu bawah kapet. jgn nak buat statement bo.do jgn percaya kabar angin a.k.a itu semua fitnah pihak xbertanggungjawab. dah kata dah penguatkuasaan terlalu lemah. xnak percaya. apa pun, org kg aku selalu kata 'better late than never'. buat la kerja korang tu

p/s: satu lagi, jgn ingat org xkomplen tu maknanya xde kes. turun sendiri. rasa sendiri. baru tahu ada kes ke xde kes.
 
Iman yang kuat je yang boleh selesai masalah rasuah ni. Naikkan lah gaji setinggi manapun, macam2 tindakan lain pun tak mampu ... hanya iman yang kuat dan nafsu yang dapat di control yang boleh tolong .
 
perkara ni bukan baru....dah berzaman
 
bab pandai makan pandai simpan ni dah berkurun isunya, sapa yang ajar? fikir2kn
 
setiap agensi penguat kuasa sepatutnya kerajaan pantaulah akaun mereka sekeluarga......gaji rm4000 tpp kalau dlm simpanan ada beratus ribu tentu tak masuk akal.
 
Dalam line aku kerja, semua nak part masing masing.

Polis, JPJ, Imigresen, Bomba, hatta JKKP pun.
Kadang pejabat tanah pun kacau.

Pejabat kesihatan tak pernah lagi, walaupun pernah dengar cerita.
 
Ape ada hal
.
Penjara...then lepas
.
Cuba buat undang2, penguatkuasa yang rasuah digantung sampai mati atau tembak head shot depan orang ramai.
.
Jenayah rasuah turun atau tidak ?
 
Back
Top
Log in Register