ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Muhammad Nasir (dua, kanan) bersama Razi'ie (tiga, kanan) ketika gimik pelancaran Rashwealth, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
WALAUPUN masih baru, syarikat Rashwealth Group Sdn Bhd telah berjaya bertapak dalam perniagaan jualan langsung berdaftar dengan menembusi pasaran antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Razi’ie Mahmod berkata, selepas mencipta kejayaan dalam pasaran tempatan dua minggu lalu Rashwealth mendapat kelulusan untuk membawa produk berkaitan kesihatan yang dikeluarkan syarikat itu ke dalam pasaran Singapura.
“Ini langkah pertama dan membuktikan produk keluaran Rashwealth diterima oleh pasaran tempatan dan antarabangsa kerana berkualiti serta dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan.
“Permintaan dari Singapura sangat menggalakkan dan ini menjadi platform supaya semua ejen berusaha lebih gigih untuk menggerakkan Rashwealth ke peringkat global,” katanya ketika ditemui selepas pelancaranRashwealth dan empat rangkaian produk keluarannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhamad Nasir Hamzah.
Syarikat yang ditubuhkan pada Julai tahun lalu itu mengeluarkan produk halal antaranyaminuman yang dipercayai sesuai untuk penghidap diabetes dan obesiti, antaranya Nano Centa Yourgt Drink dan GC Tea.
Razi’ie berkata, selain berpeluang menembusi Singapura Rashwealth kini komited untuk menembusi pasaran Brunei, Thailand dan Indonesia setelah sambutan pengguna di kedua-dua negara terbabit juga menggalakkan.
Pada masa sama, bagi pasaran tempatan tahun ini, jualan Rashwealth meningkat dan kini fokus mencapai sasaran sebanyak 50,000 kotak terjual setiap bulan.
Selain menyediakanprodukberkualiti bagi kumpulan sasar khususnya penghidap diabetes dan obesiti, Rashwealth jugamembuka laluan serta peluang peniagaan kepada individu yang berminat menceburi dunia jualan langsung.
Razi'ie berkata, usaha Rashwealth ini secara tidak langsung bakal melahirkan ramai usahawan baharu yang mempunyai jati diri, amanah dan komited ke arah kecemerlangan.
“MLM adalah salah satu cabang bisnes yang telah berkembang. Mudah untuk memasuki perniagaan ini kerana ia tidak memerlukan pengalaman berbanding perniagaan konvensional yang lain.
“Selain itu, perniagaan MLM menawarkan modal yang rendah dan sentiasa mengamalkan cara kerja berpasukan bagi mencapai target jualannya.
“Oleh itu, mudah untuk melahirkan usahawan baru dan Rashwealth komited ke arah hasrat ini,” katanya.
Menurut Razi’ie setakat ini, Rashwealth sudah mempunyai seramai 2,000 ejen di seluruh Malaysia.
“Dengan pencapaian Rashwealth menembusi pasaran antarabangsa, saya harap semua ahli melihat lebih jauh terhadap peluang perniagaan yang luas ini," katanya.
Dalam pada itu, sempena perasmian tersebut seramai enam ejen terbaik telah diberi pengiktirafan sebagai dorongan kepada semua ejen lain untuk lebih komited menggerakkan Rashwealth.