- so ni cite die
- Seminggu sebelum syarikatnya hendak disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia, Hamdan terpaksa membatalkan pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) bernilai RM753 juta dan terpaksa membayar balik semua wang pelabur yang beli IPO tersebut.
KUALA LUMPUR -Pada tahun 2013, CEO Ranhill Holdings Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad, melalui pengalaman hitam dalam hidupnya apabila PETRONAS menggantung syarikat Perunding Ranhill Worley (PRW), (syarikat 90 peratus milik Hamdan), selepas ‘kajian semula’ kerja pembinaan projek mereka di Melaka.
Seminggu sebelum syarikatnya hendak disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia, Hamdan terpaksa membatalkan pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) bernilai RM753 juta dan terpaksa membayar balik semua wang pelabur yang beli IPO tersebut.
“Saya kalah dalam pertempuran tetapi menang dalam peperangan,”katanya kongsi seorang wartawan senior, Syahril A. Kadir menerusi facebooknya.
Menurut Syahril, Hamdan yang merupakan jutawan tersohor (pemilik Ranhill) pada tahun 2000 yang mendapat banyak kontrak dalam industri minyak dan gas. Namun disebabkan ‘tragedi’ hitam yang menimpa Hamdan, kontrak yang merupakan sumbangan penting terhadap hasil pendapatan Kumpulan Ranhill terpaksa membayar kembali duit pelabur.
“Nasib Hamdan bagai jatuh ditimpa tangga kerana kena denda pula dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dekat setengah juta ringgit kerana gagal memaklumkan kepada SC dengan segera mengenai penggantungan lesen yang dikeluarkan oleh Petronas kepada PRW.
“Sejak itu kita dah lama tak dengar cerita Hamdan dan syarikat Ranhillnya itu. Rupa-rupanya diam-diam beliau ‘berisi’. Hamdan rupa-rupanya kini sudah memperoleh beberapa projek loji rawatan air sisa industri di wilayah Liaoning dan Jiangxi, China pada asas bina, urus dan pindah untuk 29 tahun,”tulisnya.
Tambahnya lagi, kini Hamdan melalui syarikatnya, Ranhill Water Technologies memiliki 12 loji air, air sisa industri serta kitar semula air di China, dengan jumlah aset bernilai US$128 juta.
“Yang paling hebat, akhirnya syarikatnya berjaya juga disenaraikan dalam pasaran utama Bursa Malaysia semalam!,” katanya.
Terdahulu, menerusi laporan temubual eksklusif bersama akhbar The Star baru-baru ini, Hamdan menyebut: ” You could say I lost the battle but I won the war! (Anda mungkin kata saya kalah dalam pertempuran, tetapi saya menang dalam peperangan!).
http://www.suara.tv/2016/03/18/saya-kalah-dalam-pertempuran-tetapi-menang-dalam-peperangan/