BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ranhill energy and resources berhad - ipo

Tau.Tp biasa saya akan walk around usha2 financing dulu seblm result keluar.Bkn apa,ada sesetengah IPO

yg tempoh pembayaran dia ok.2-3 weeks.Kalau yg jenis cepat kena settle payment,contohnya mcm Ranhill ni la,

mmg kalut skit.Tak sampai pun 2 minggu dari tarikh keluar result,dah kena settle payment.Maunya yg dok tunggu surat

sampai rumah baru nak take action,mmg tinggal 3-4 hari jala.So payment kena settle 3 Julai kan?Sempat ke

dgn financing?

petang semalam staf meben tepon bgtau borang dah settle htr hq.. tunggu approval jer.. .. biasanya staf bank tu kata, lepas je pinjaman tu sebab ada jaminan deposit 15% .. tak tau alih2 nak 20% cam cimb..

kadang2 bank ni bertanding sama sendiri gak..
 
Ranhill Energy and Resources tarik balik
permohonan IPO
6:26AM Jul 27 2013
Ranhill Energy And Resources Bhd semalam menarik
balik permohonannya untuk mendapatkan
penyenaraian dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia
Securities Bhd.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Ranhill
Energy berkata ia telah membuat keputusan untuk
menarik balik permohonannya bagi tawaran awam
awal (IPO) sebanyak 407 juta saham biasa bernilai
RM1 setiap satu, yang dikemukakan kepada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 14 Januari.
"Lembaga akan memastikan semua wang
permohonan/penempatan bagi IPO itu dikembalikan
kepada semua pemohon/pelabur tanpa faedah secara
teratur dan tidak lewat daripada 7 Ogos," katanya.
- Bernama
 
-xaware psl ranhill ni. baru hari ni listed rupanye


Pasaran lemah, saham Ranhill dibuka rendah berbanding IPO

ranhill.jpg


Saham Ranhill Holdings Bhd. (Ranhill) dibuka 10 sen lebih rendah pagi tadi berbanding harga tawaran awam asalnya (IPO) RM1.20 seunit dengan 1.21 juta saham didagangkan.


Meskipun sambutan kurang menggalakan buat IPO terbesar di Bursa Malaysia tahun ini, Presiden dan Ketua Eksekutif Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad berkata, beliau memahami sentimen pasaran ketika ini adalah lemah.

“Diharapkan para pelabur akan kembali semula,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Ranhill merancang untuk meraih RM637.5 juta buat permulaan, hasil daripada “reverse takeover” Symphony House dengan harga IPO adalah RM1.70 sesaham.

Bagaimanapun, harga IPO berkenaan terpaksa dikurangkan kepada RM1.20 sesaham selepas beberapa hari tertangguh.

Menurut Hamdan, dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini, Ranhill akan meluaskan perniagaan rawatan air kumbahan di China kepada 1,000 juta liter sehari (mld) berbanding 340 juta mld.

Ia juga mahu meningkatkan kapasiti loji janakuasaya di Sabah kepada 1000 megawat (MW) berbanding 380 MW ketika ini.


http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/pasaran-lemah-saham-ranhill-dibuka-rendah-berbanding-ipo
 
- so ni cite die

- Seminggu sebelum syarikatnya hendak disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia, Hamdan terpaksa membatalkan pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) bernilai RM753 juta dan terpaksa membayar balik semua wang pelabur yang beli IPO tersebut.

ranhill.jpg


KUALA LUMPUR -Pada tahun 2013, CEO Ranhill Holdings Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad, melalui pengalaman hitam dalam hidupnya apabila PETRONAS menggantung syarikat Perunding Ranhill Worley (PRW), (syarikat 90 peratus milik Hamdan), selepas ‘kajian semula’ kerja pembinaan projek mereka di Melaka.

Seminggu sebelum syarikatnya hendak disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia, Hamdan terpaksa membatalkan pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) bernilai RM753 juta dan terpaksa membayar balik semua wang pelabur yang beli IPO tersebut.

“Saya kalah dalam pertempuran tetapi menang dalam peperangan,”katanya kongsi seorang wartawan senior, Syahril A. Kadir menerusi facebooknya.

Menurut Syahril, Hamdan yang merupakan jutawan tersohor (pemilik Ranhill) pada tahun 2000 yang mendapat banyak kontrak dalam industri minyak dan gas. Namun disebabkan ‘tragedi’ hitam yang menimpa Hamdan, kontrak yang merupakan sumbangan penting terhadap hasil pendapatan Kumpulan Ranhill terpaksa membayar kembali duit pelabur.

“Nasib Hamdan bagai jatuh ditimpa tangga kerana kena denda pula dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dekat setengah juta ringgit kerana gagal memaklumkan kepada SC dengan segera mengenai penggantungan lesen yang dikeluarkan oleh Petronas kepada PRW.

“Sejak itu kita dah lama tak dengar cerita Hamdan dan syarikat Ranhillnya itu. Rupa-rupanya diam-diam beliau ‘berisi’. Hamdan rupa-rupanya kini sudah memperoleh beberapa projek loji rawatan air sisa industri di wilayah Liaoning dan Jiangxi, China pada asas bina, urus dan pindah untuk 29 tahun,”tulisnya.

Tambahnya lagi, kini Hamdan melalui syarikatnya, Ranhill Water Technologies memiliki 12 loji air, air sisa industri serta kitar semula air di China, dengan jumlah aset bernilai US$128 juta.

“Yang paling hebat, akhirnya syarikatnya berjaya juga disenaraikan dalam pasaran utama Bursa Malaysia semalam!,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan temubual eksklusif bersama akhbar The Star baru-baru ini, Hamdan menyebut: ” You could say I lost the battle but I won the war! (Anda mungkin kata saya kalah dalam pertempuran, tetapi saya menang dalam peperangan!).


http://www.suara.tv/2016/03/18/saya-kalah-dalam-pertempuran-tetapi-menang-dalam-peperangan/
 
Back
Top
Log in Register