BTC USD 81,988.8 Gold USD 4,184.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rancang matlamat kewangan!

apa2jer

Fun Poster
Messages
415
Joined
Sep 15, 2009
Messages
415
Reaction score
0
Points
15
Salam pembaca CG

Kebolehan mengurus wang anda dengan bijak merupakan satu kemahiran yang penting supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan dan bukannya melebihi kemampuan.

Realitinya terlalu ramai masyarakat di dunia nyata yang gagal mengurus kewangan mereka apatah lagi untuk mencapai matlamat kewangan.

Dalam pengurusan kewangan perkara yang paling penting adalah Matlamat Kewangan!

Untuk memudahkan perfahaman anda semua, matlamat ini bolehlah di umpamakan sebagai arah tuju dan destinasi perjalanan anda.

Cuba anda bayangkan sendiri jika anda bercadang ingin keluar melancong tanpa arah tuju dan matlamat yang pasti?

Sudah tentu sukar bukan?

Jadi untuk memudahkan tugas anda maka sebelum anda memulakan perjalanan perlulah anda bersiap sedia lebih awal.

Umpamanya anda perlu merancang untuk pergi ke mana, kemudian apakah pengangkutan yang anda ingin gunakan sepanjang perjalanan ke sana,dan berpa hari yang anda perlukan.

Dalam soal pengurusan kewangan, anda juga perlu lakukan perkara yang sama seperti apakah matlamat kewangan anda(ke mana anda mahu pergi), kemudian apakah kemudahan atau alat kewangan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat kewangan anda itu(pengangkutan) dan berapa lama tempoh masa yang anda perlukan untuk capai semua itu.

Anda kena rancang, rancang dan rancang dengan terperinci!

Jika anda telah melaksanakan perancangan tersebut, sekurang-kurangnya anda sudah ada panduan atau peta dalam perjalanan kewangan anda.

Peta sahaja tidak cukup!

Anda juga perlukan kompas!

Ya, kompas untuk membimbing anda sepanjang perjalanan tersebut agar anda tidak jauh menyimpang daripada matlamat asal kewangan anda!

Jadi siapa dan apakah yang harus anda gunakan sebagai kompas ini?

Mudah sahaja, anda boleh dapatkan nasihat perunding kewangan yang profesional. Jika anda tidak mampu, anda boleh dapatkan seorang mentor yang telah berjaya dalam bidang kewangan.

Anda juga boleh menjadikan buku-buku kewangan sebagai kompas hidup anda dan jika inginkan yang percuma anda juga boleh layari maklumat di Blog-blog kewangan yang banyak terdapat di dalam internet.

Anda harus ingat bahawa Anda perlu mengawal kewangan anda meskipun anda tidak mempunyai masalah kewangan.

Cara anda menggunakan wang anda pada hari ini akan memberi kesan terhadap cara anda hidup pada masa akan datang.

Tambahan lagi, terdapat kemungkinan bagi anda untuk menghadapi masalah kewangan akibat peristiwa di luar kawalan anda seperti penyakit, kehilangan sumber pendapatan dan kecemasan keluarga.

Saranan saya, rancang dahulu kewangan dan sediakan matlamat yang jelas jika anda benar-benar serius dalam pengurusan kewangan anda!
 
Langkah - Langkah Pengurusan Kewangan

Cara hidup kita berhubungkait dengan perancangan perbelanjaan dalam merencana kelangsungan hidup. Merancang perbelanjaan adalah satu langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira status gaji atau cara hidup. Dalam pengurusan kewangan, kita sering melakukan kesilapan merangka perlaksanaan terhadap pengurusan kewangan - mempunyai hutang terlalu banyak, lambat membayar bil dan tidak menyimpan lebihan kredit untuk kegunaan perancangan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja.

Uruskan kewangan anda dengan cara lebih bijak melalui langkah - langkah berikut:

Menentukan Matlamat Kewangan.
Matlamat kewangan anda haruslah berkait rapat dengan tujuan dan keinginan melalui perangkaan yang baik dalam masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan sentiasa membantu anda memahami nilai sebenar wang dan dalam masa yang sama menggalakkan perbelanjaan yang lebih bijak. Tetapkan masa untuk perancangan dan perlaksanaan setiap matlamat, sama ada dalam jangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Tetapkan perancangan anda - Adakah anda merancang untuk...

Membeli kenderaan?
Membeli rumah?
Ingin berkeluarga?
Pendidikan anak - anak?
Perubatan dan persaraan?
Melancong dan sebagainya?

Menjejak Aliran Wang.
Selepas anda menentukan matlamat secara terperinci, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan bijak supaya matlamat yang di rangka mudah dicapai. Peringatan - ini bukanlah langkah untuk pengurangan perbelanjaan tetapi, sekadar langkah untuk mengenal pasti aliran atau tabiat kewangan anda.

Melalui pemerhatian anda akan lebih memahami:

Kemana dan bagaimana pengurusan perbelanjaan anda
Jumlah hutang
Baki kredit yang ada atau tinggal setiap hujung bulan.

Menilai Tabiat Berbelanja.
Sekiranya wang atau baki kredit anda tidak mempunyai lebihan pada penghujung setiap bulan, tiba masanya penilaian semula di lakukan terhadap tabiat perbelanjaan anda. Penelitian dan penentuan semua perbelanjaan terhadap keperluan dan kemahuan harus di kenal pasti. Perhatikan sama ada:

Penggunaan simpanan untuk membayar bil semasa
Permohonan Pinjaman baru untuk melangsaikan hutang lama
Hutang lebih besar dari pendapatan
Pembelian sesuatu tanpa memikirkan kemampuan

Rancang Perbelanjaan Anda.
Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Dimana, aliran atau kemana wang di belanjakan boleh di kenal pasti, seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan yang tidak perlu dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah seperti berikut:

Tentukan jumlah pendapatan bulanan anda
tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman,sewa, perbelanjaan seharian dan lain-lain
ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (yuran sekolah, perayaan, cukai jalan, pembaharuan insuran dan lain-lain).

Setelah setiap langkah diatas telah anda lakukan tetapi masih menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk di simpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabit perbelanjaan dan mengurangkan perkara yang tidak diperlukan.

Nota: Pengurusan kewangan adalah langkah paling efektif dalam menjamin aliran tunai anda. Ingat, sekiranya perlu - dapatkan bantuan pakar.
 
10 Langkah Capai Kebebasan Kewangan 2011..Rancang Awal!

Hari ini saya akan tunjukan bagaimana orang biasa boleh mencapai
kekayaan dan kebahagian.

Saya terbaca satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat Malaysia yang telah berkerja sepanjang hidup mereka bersara dengan hampir RM5000 sahaja dibank!

Cukup mengejutkan! Jangan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa selepas bersara kelak. Anda perlu bersedia dari sekarang.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan…

Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.
Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda: Kebahagiaan, kesihatan,
kewangan, kebajikan dan sebagainya?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer,sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.

Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun ianya nampak seperti “mustahil”. (Daripada wira kepada BMW 5 Siri!)

Perkara penting yang perlu anda ingati:

* Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.

* Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras…tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

* Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

* Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.

Masa untuk bertindak:

1. Terima hakikat bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat komitment dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam gengangam jika anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN - itu yang paling penting.Anda akan lihat bagaimana keajaiban minda anda menolong anda nanti. Buangkan
jauh-jauh idea bahawa anda mesti bekerja sampai ke tua.

2. Tanya diri anda: Dimana anda berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang?Buat matlamat yang buat anda teruja. Jika anda ada segalanya, apa yang akan anda buat? Jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada sebulan sahaja untuk hidup.. apa yang akan anda lakukan? Tuliskan semuanya.

3. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang. Berapa duit masuk dan keluar. Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?

4. Buat matlamat untuk Hari persaraan anda. Buat keputusan apakah langkah yang perlu diambil untuk mancapai matlamat anda? Semua matlamat mestilah tepat dan mempunyai had masa.

5. Mulakan simpanan jika belum (walaupun RM100 sebulan di Takaful Ikhlas! Mesti buat!

Dengan hanya simpanan RM100 setiap bulan di Ikhlas Savings Takaful.

6. Jimatkan perbelanjaan dan simpan wang lebih. Cari projek atau bisnes.
Tip: Buat sekurang-kurangnya satu ebook “Bagaimana Untuk ….. ”

7. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang special untuk keluarga.

8. Cuba capai matlamat anda dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU dan tidak mudah menyerah kalah anda pasti akan mencapai semuanya. (Pasukan bolasepak Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)

9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.

10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK untuk mengubah kehidupan anda sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti
mereka!). Bangun dari kerusi anda dan lakukan sesuatu.

Akhir sekali 3 PAKSI KEKAYAAN:

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

Mari kita rancang strategi dan jadikan 5 tahun akan datang paling bermakna!

Demi kewangan & persaraan anda,

HASLINA
019 283 2769
Kajang,Selangor

PS: Kesilapan yang dilakukan oleh 95% diatas ialah mereka terlalu sibuk bekerja untuk cari duit daripada MEMIKIRKAN cara buat duit dengan banyak!

Jika anda telah bersedia dan mahu jadikan Hari Persaraan anda jadi GEMILANG..

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

PSS: Ingat, jika anda GAGAL merancang, anda SEBENARNYA merancang untuk GAGAL !!
 
Last edited:
GAJI TAK CUKUP NAK MENYIMPAN..??

Anda boleh mendidik diri anda..dengan menyimpan..duit baki perbelanjaan sehari tu..masuk tabung..

GAJI RM3,000 isteri tak bekerja..

Bayar hutang kereta dekat RM600.

Sewa rumah, kad kredit, pinjaman peribadi dekat RM800.

Minyak kereta RM200

Emak & ayah, mertua RM400

Perbelanjaan anak2, makan-minum dekat RM1000


Jika terjadi apa2 kepada anda..masuk wad berminggu2..disebab kan kemalangan..siapa yang akan membayar bil2 hospital, kad kredit, kereta, pinjaman peribadi, sewa rumah..bagi duit kt ibu-ayah & mertua anda..?

Bil hospital tetap kena bayar..hutang2 pun kena bayar juga..anak2 pun nak makan..isteri pulak tak bekerja..

Jika awal2 anda dah menyimpan..bebanan masalah anda ini..dapat juga kurang..sebab anda ada menyimpan..simpanan tu pulak ada Elaun Hospital dan lain2 manfaat lagi..

Mesej saya..simpan lah 10% dari pendapatan anda..untuk anda yang ada isteri yang tak bekerja..simpankanlah untuk isteri anda di IKHLAS WANITA SAVINGS TAKAFUL & untuk anak baru 5 bulan tu..simpan kt Ikhlas Education Savings Takaful...
 
Back
Top
Log in Register