BTC USD 84,825.1 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai Yang Cerdik Tapi Gila?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
orang%2Bgila.jpg


Pada zaman Nabi ada seorang muslimat yang berpenyakit gila sawan (epilepsi) datang berjumpa Rasulullah, “Ya Rasulullah, aku ada penyakit gila, tolonglah doa supaya aku sembuh daripada penyakit gila ini.” Selalunya penyakit ini datang secara mendadak dan berkala.

Rasulullah pun memberi dua pilihan kepadanya:
“Pertama, kalau engkau sabar menerima ujian Allah ini maka Allah janjikan Syurga untukmu.
Kedua, aku boleh berdoa supaya engkau sembuh daripada gila tapi aku tak jamin Syurga untuk mu.”

Maka setelah berfikir sejenak muslimat tadi pun berkata, “Gila pun gilalah, janji dapat Syurga.” (Satu pilihan yang bijak. Bersabar pada segala ujian Allah pada hidup yang sementara ini, untuk hidup kekal abadi di Syurga Allah yang penuh kenikmatan itu.)

Seterusnya muslimat itu berkata, “Aku masa gila, tidak dapat mengawal diriku. Kainku terselak. Tudungku terselak. Maruahku tercalar.” Dia menyambung lagi, “Ya Rasulullah, doakan supaya kainku dan tudungku tidak terselak lagi, supaya maruahku terpelihara.”

Tu dia permintaan ikhlas daripada seorang hamba kepada Kekasih Allah! Orang gila yang cerdik. Orang gila yang ada maruah diri. Rasulullah mendoakan dia dan kainnya tidak terselak lagi dan maruahnya tidak tercalar lagi.

Tapi berlainan dengan zaman kita ini. Ramai orang cerdik tapi gila? Ramai orang cerdik yang tiada maruah diri. Macamana tu bang? Cakap biar berlapik. Ramai orang sensitip....

Bila dia cerdik tapi masih derhaka kepada Allah SWT. Cerdik tapi tak guna akal fikiran kurniaan Allah untuk taat kepada Allah. Orang cerdik yang guna akal, hanya ada satu pilihan sahaja iaitu taat kepada Allah.

Kalau memandu di lebuhraya, jika ada sebuah kereta ini memandu menentang arus melanggar peraturan lebuhraya, maka bila polis tahan dia dan diperiksa, maka ternyata pemandunya orang gila maka polis tu patut saman dia ke tak? Tak makan saman, sebab dia gila. Tapi jika dia orang waras maka dia akan di hukum. Kerana orang berakal dan waras tiada pilihan melainkan mengikut peraturan. Begitulah sebagai hamba Allah, tiada pilihan melainkan kena mematuhi segala peraturan dan hukum Allah.

Lihat bumi yang terhampar luas ini. Siapa yang cipta? Kita belajar sains, bumi ini bulat. Tapi Allah jadikan bumi ini terhampar untuk kita, walaupun bumi ini bulat. Subhallah!. Kalau tak naya kita asyik terjatuh je la kot.

Lihatlah langit luas yang tergantung tanpa tiang itu? Turun pula air dari langit. Keluar jutaan tumbuhan sebagai rezki untuk kamu. Air untuk kamu minum.

Surah Al-Mulk ayat 30 - Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang berpancar mengalir?”

Seorang suami atau seorang pemimpin yang membiarkan isteri di sisinya tidak menutup aurat di khalayak ramai, jika dia awal2 dah istiharkan bahawa isterinya gila maka tidak mengapa. Tapi jika tidak, maka termasuklah dia pada kategori manusia yang cerdik tapi gila. Cerdik tapi tak guna akal fikiran.
Bukankah tuntutan menutup aurat itu peraturan Allah yang wajib dipatuhi?

Judi yang haram bila diberi lesen menjadi halal.

Hukuman rejam atau 100 sebatan bagi kesalahan zina, tapi engkau buat undang2 lain denda RM5000 atau sebat atau penjara.

Manusia mencabar hukum Allah secara berdepan.

Kamu tahu semuanya perihal perintah Allah tapi masih engkar, kekal menderhaka. Allah beri akal, beri otak untuk berfikir, untuk patuh dan taat pada segala perintah Allah. Jadi realitinya jika tidak patuh pada perintah Allah maka tak ada akal dan tak ada otaklah jawabnya.


Sebaik bekalan untuk bertemu Allah ialah bekalan takwa.

Kalau ibadah puasa di bulan Ramadan ini objektifnya untuk mendapat takwa, maka kat manakah bahagian puasa ini yang menyebabkan kita menjadi takwa?

Sebab tak makan tak minum menjadikan kita takwa? Ramai orang pelarian yang tak makan sebab tak ada makanan. Ramai orang sakit tak makan. Ada orang mogok lapar tiga minggu.
Apakah mereka dapat takwa?

Adakah bersahur kerana takut lapar maka sahurnya dapat takwa?

Ketakwaan hanya boleh datang bila puasa atas sebab mematuhi perintah Allah. Puasa kerana perintah Allah. Buka puasa kerana perintah Allah. Bersahur walaupun dengan sebiji kurma dan seteguk air kerana taat kepada perintah Allah akan melahirkan takwa.

Takwa pada definasi yang paling mudah ialah taat perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Pada ibadah puasa nasi yang halal dimakan itu tidak boleh dimakan, apatah lagi tak tutup aurat yang haram itu lagilah tak boleh dibuat. Jangan jadi golongan yang tidak bersedia mematuhi perintah Allah.

Jadilah manusia yang benar2 cerdik dan celik agama untuk sama2 menuju takwa.

“Kakak ni puasa ke?” tanya seorang pemuda kepada penjual kueh di bazar Ramadan. “Eh kenapa awak tanya macam tu?” Pemuda tadi menjawab, “Sebab Kakak tak pakai tudung.” Agak melenting kakak tadi dan terus berkata, “Saya tak pakai tudung tapi hati saya ikhlas.” Tiada perkataan ikhlas dalam derhaka pada Allah!

Muhasabah dirilah selalu...
Semak berapa banyak ayat2 Allah yang aku taat?
Berapa banyak ayat2 Allah yang aku derhaka?


Jadikan al-Qur’an teman karib dunia akhirat. Bakal menemani kita hingga ke alam kubur, memayungi kita di Padang Mahsyar, membimbing kita melalui titian sirat, memberi syafaat dan menemani kita di Syurga nanti.....Insyallah.......ameen



sumber
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register