BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Ramai Tak Tahu Dengan Serendah RM800, Kita Boleh Terbang Keliling KL Dari Airport Subang

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,538
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,538
Reaction score
4,820
Points
266

Ramai Tak Tahu Dengan Serendah RM800, Kita Boleh Terbang Keliling KL Dari Airport Subang​

Lagi puas hati dapat pusing-pusing macam ni.



Hari jadi atau hari kelahiran merupakan momen yang paling bermakna dalam hidup kita​

Kebiasaannya, kita akan menyambut hari jadi dengan sambutan yang istimewa dan mendapat hadiah daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Malah, ada yang memilih untuk bercuti atau berjalan-jalan di sekitar ibu kota untuk meraikan hari istimewa mereka itu.

Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki mendapat kejutan hari jadi daripada abang-abangnya menaiki pesawat ringan mencuri tumpuan.

Abang-abang buat surprise bawa naik pesawat ringan jalan-jalan Kuala Lumpur​

Menerusi video perkongsian di TikTok @holla.heyyo, dia memberitahu mahu membuat kejutan untuk adik lelakinya itu dengan menaiki pesawat ringan.

Pada awalnya si adik tidak tahu perkara itu sehinggalah mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Tidak menyoal banyak, adiknya mengikut sahaja langkah abang-abangnya sehinggalah dia merasa pelik selepas seorang individu datang menghampiri dan membawa mereka masuk ke dalam kawasan berlepas.

Mereka diterbangkan menggunakan pesawat ringan jenis Cessna 172 yang dikendalikan oleh Mr Andreas dari Jerman.

ef24.png

Image via @holla.heyyo (TikTok)
"Kita pusing KL dengan cara yang lain daripada yang lain, untuk perjalanan hari ini kita akan dibawa untuk pusing area KL selama 30 minit," katanya.

Difahamkan, ia mempunyai pakej-pakej yang berbeza iaitu 1 jam dengan harga RM1,400 dan 30 minit dengan harga RM800 untuk sebuah pesawat.

Lihat video di bawah:​



 
time hujan2 skg klu nk naik kotobang kocik cmni, raso2 den mcm menakutkan....

fyi shah alam skg tgh ujan lebat, bertabahlah pekerja2 yg naik moto

harap2 takdo banjir kilat pagi ni
 
takperlaaa benda naik tinggi2 camnih.... kawe serah jaa laa kat org lain rasa...
kawe sanggup layan alun kat laut lagi haha...
 
Back
Top
Log in Register