BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai tak sedar terlibat jenayah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KANGAR - Ramai ibu bapa tidak menyedari mereka terlibat jenayah jalan raya apabila mengabaikan soal keselamatan terhadap anak-anak ketika menggunakan kenderaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Perlis, P Kalai Kumar berkata, jenayah itu termasuk membiarkan anak tidak memakai topi keledar ketika membonceng motosikal ataupun tali pinggang ketika di dalam kereta.

Menurutnya, kelalaian itu boleh menyebabkan risiko kematian yang turut memberi kesan psikologi dan menyesal seumur hidup.

“Ramai ibu bapa tidak sedar mereka melakukan jenayah jalan raya, sebagai contoh hanya orang dewasa sahaja yang memakai topi keledar ketika menghantar anak ke sekolah dengan memberi alasan jarak sekolah dekat, jalan tidak sibuk dan sebagainya.

“Alasan ini tidak boleh diterima kerana kemalangan tidak berbau, kehilangan nyawa anak-anak ini menyebabkan negara turut kehilangan pemimpin pada masa depan,” katanya sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya di Pejabat JKJR di sini, semalam.

Kalai Kumar berkata, hari berkenaan disambut pada Ahad minggu ketiga November di seluruh dunia dengan tema 'Katakan tidak kepada jenayah jalan raya'.

Menurutnya, selain ibu bapa, sikap mementingkan diri pemandu kenderaan yang lebih besar berbanding motosikal juga merupakan jenayah jalan raya.

“Berdasarkan sumber polis penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang 62 peratus kadar kematian jalan raya di negara ini, ini bermakna setiap tiga kematian akibat kemalangan hampir dua kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Kerana itu, kita mahu didik masyarakat supaya menyedari hakikat mereka terlibat dalam jenayah jalan raya, kita mahu kadar kemalangan dapat dikurangkan dengan perubahan sikap pengguna seterusnya meminimumkan kematian,” katanya.

Dalam pada itu, Kalai Kumar berkata, melalui sumber polis yang diperoleh Perlis mencatatkan pengurangan kematian sebanyak 26 peratus iaitu 35 kematian bermula Januari sehingga Ogos lalu berbanding 44 kematian pada tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, jumlah keseluruhan kemalangan yang berlaku dalam tempoh itu menurun dari 1,322 pada tahun lalu kepada 1,259 tahun ini.

"Jumlah mangsa cedera parah menurun 39 peratus dari 167 kepada 120 mangsa tempoh yang sama.

“Sempena Hari Mengingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya ini, JKJR akan mengadakan majlis tersebut di Rukun Tetangga Tok Paduka, di sini minggu depan dengan kerjasama Perkeso dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/ramai-tak-sedar-terlibat-jenayah-1.451072
 
Jenayah bavi tak pakai seat belt saman org
Dah aku bawak slow dalam bandar . Lantak lah
Bukan nyusahkan orang lain pon
 
jenayah (Kamus Dewan Edisi Keempat) -rujukan

perbuatan ~ kejahatan (spt men*curi, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah ama*nah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan pen*ting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn meng*gunakan sistem komputer utk mencuri mak*lumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; penjenayah orang yg melakukan jenayah.

sedih la paklebai pkai serban bwk bini pegi market pun kena cop penjenayah sebab mokcik xpkai helmet :D
 
ada segelintir ibubapa yang hantar anak2 pergi sekolah naik sampai tiga dan empat orang anak naik motor kira jenayah jugalah nampaknya.
 
penjenayah rupenye aku nie gi smyang jumaat tadi x pakai helmet #:-S
 
Dah mampu beli motor je wpun anak empat... xkan nak suh anak jln kaki g skolah... bahaya wo... nnt kenaculik cakap bapak x prihatin la... lalai la...
 
" Jenayah Membawa Padah "
 
Pakai je laa helmet..

Kalo dah kena Baru nak menangis xguna.dah..
 
alah bkn rakyat buat jenayah 2.6bilion pn..anto ank skolah je pn...da ajal kat situ mati jgk...xyh tgu naik moto...
 
Back
Top
Log in Register