BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai Lelaki Mahu Dekati Izreen Azminda

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
izreen-azminda-dan-anaknya.jpg

Pelakon Izreen Azminda mendedahkan ada lelaki cuba mendekatinya selepas lima bulan dia memeggang status janda.

Bagaimnapaun, Izreen, 29, berkata, dia belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya buat masa ini kerana bimbang hatinya akan disakiti oleg golongan itu.

Saya tak izin orang menyakiti hati saya dan untuk masa terdekat ini, memang ramai yang mencuba mendekati saya tetapi saya belum bersedia.

"Bagi saya apa yang berlaku masih baru dan biarlah saya beri tumpuan kepada anak dahulu," ujarnya .

Tambahnya, banyak aspek yang perlu diambil kira selepas memegang status ibu tunggal.

Izreen berkata, lelaki yang ingin mendekatinya juga perlu menerima anaknya Muhammad Umar Adrian yang kini berusia setahun tiga bulan.

"Sudah tentu saya perlu utamakan anak saya dahulu, kalau seseorang lelaki itu mahu mengenali saya, dia perlu terima anak saya juga," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang status janda yang dipikulnya Izreen tidak merasakan ia sebagai bebanan.

Baginya, status tersebut hanya sekadar gelaran dan ia tidak memberi sebarang tekanan kepadanaya dalam meneruskan kehidupan.

"Orang sekarang sudah maju dan tidak ada masalah dengan status atau gelaran janda.

"Saya sendiri tidak anggap ia sebagai tekanan, hanya segelintir masyarakat yang memberi komen negetif tentang perkara itu yang membuatkan saya tertekan," katanya.

Izreen berkata, apa yang membeza kehidupannya selepas berstatus ibu tunggal apabila banyak perkara perlu dilakukannya sendiri.

Dia akui pada mulanya agak sukar untuk melaluinya seorang diri, namun banyak yang dipelajari terutama dalam menguruskan hal-hal kehidupan.

Dalam pada itu, bercakap tentang pelakon yang sering digosipkan dengannya iaitu Amar Baharin, Izreen berkata, hubungan mereka rapat sebelum dia berumah tangga lagi.

"Amar kawan yang baik dan kami berkawan sejak saya anak dara lagi tetapi orang tidak ambil perhatian kerana kami tidak popular ketika itu," ujarnya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin dan mereka telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.

http://www.cari.gold/2014/10/ramai-lelaki-mahu-dekati-izreen-azminda.html
 
kdg2 ok gak dia ni
 
tgk 7 suami tak?

mcm tu la gambaran die
 
ok sangat nih..kalau aku terime jela anak pun bru sorg:p
 
episod last week masa nak kena gomol lepas mandi tu mcm geram je

nasib yah melawan
 
Back
Top
Log in Register