BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Tak mahu sedih raya ini, ramai sayang saya’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
1cde9ecf-cf73-46e4-9e72-a867e8f1ffc2.jpeg

KHAI menghargai setiap individu sekelilingnya terutama ahli keluarga yang mahu menikmati raya dengan gembira.

‘Tak mahu sedih raya ini, ramai sayang saya’ PETALING JAYA – Penyanyi Khai Bahar enggan hanyut dengan emosi sedih meski bakal menyambut Syawal tanpa arwah ibu dan bapanya pada tahun ini.

Menurut Khai atau nama penuhnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 32, dia menghargai setiap individu sekelilingnya terutama ahli keluarga yang mahu menikmati raya dengan gembira.

“Ini tahun pertama tidak beraya dengan bapa tetapi tak rasa sayu sangat sebab sudah hampir tiga tahun saya lalui kehilangan arwah ibu.

“Kalau boleh tak mahu terbawa-bawa rasa sedih sebab tahu masih ramai lagi yang menyayangi saya, terutamanya keluarga.

“Saya tak boleh berduka lama-lama, sudah tiba masa untuk saya kongsi kebahagiaan dengan orang lain pula,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dia bagaimanapun tidak menafikan suasana hari raya sangat berbeza selepas pemergiaan kedua orang tuanya.

“Bila sudah tak ada mak ayah, semua benda akan jadi berbeza tapi saya cuma nak rasa gembira saja.

“Tak mahu sedih sangat untuk elak ganggu mental.

“Tapi kalau orang asyik tanya tentang cerita sedih, siapa tidak stres? Jadi kita gembira sahajalah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia memaklumkan tiada persiapan besar-besaran pada tahun ini dan semuanya dilakukan secara sederhana.

“Persediaan raya tahun ini biasa-biasa saja tapi paling penting bagi saya, kuah kacang resipi arwah mak kena ada.

“Kakak saya selalu buat, rasa dia hampir sama tapi pastilah tidak boleh lawan air tangan mak. Itu kenangan kami dengan arwah mak.

“Tahun ini juga saya lebih kepada nak berkongsi rezeki dengan sesiapa saja. Kalau tak sempat beri duit raya dengan sampul, boleh pakai kod QR saja,” ujarnya.

Terdahulu, Khai melalui ujian hebat dalam hidupnya apabila ibu tercinta, Allahyarhamah Rosnah Muhammad meninggal dunia pada 2 Januari 2024 di Kangar, Perlis.

Tahun lalu, dia sekali lagi diuji apabila bapanya, Allahyarham Baharuddin Bakri, 66, meninggal dunia pada 19 September di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Kangar, Perlis. – KOSMO! ONLINE
==============================
Khai ni biasalah, tetap ceria walau banyak dugaan. Tapi kan, kalau tengok IG dia, asyik upload gambar ceria2 je, kadang macam nak cakap “eh rileks je bro”, hehe. Raya tak terasa kalau mak ayah tak ada, paham sangat feeling tu.

 
Back
Top
Log in Register