BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia Ketagih Gula.....

teknosains

Freshie
Messages
16
Joined
Feb 12, 2009
Messages
16
Reaction score
5
Points
8
1a9e2696e2e1f737f7edc5b716c3b5f54g.jpg


Rakyat Malaysia Ketagih Gula ?

Umum mengetahui pengambilan gula berlebihan tidak baik kepada kesihatan dan boleh mendatangkan kesan negatif serta mudarat kepada tubuh sama ada secara jangka pendek dan panjang.

Namun tidak ramai mengambil berat perkara ini dan tidak bijak mengawal atau mengurangkan tahap penggunaannya dalam amalan pemakanan harian.

Dalam masyarakat Malaysia berbilang kaum, sejak dulu lagi menunjukkan kadar penggunaan gula tinggi dan amat sinonim dalam proses penyediaan makanan dan minuman harian.

Tabiat buruk ini sangat berbahaya kepada kesihatan dan jelas membelakangkan prinsip amalan hidup sihat.

Sebagai perbandingan, pada 1999 kadar pengambilan gula rakyat Malaysia antara yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu purata 24 sudu teh sehari dalam makanan dan minuman berbanding purata 17 sudu teh sehari pada 1970.

Ini menjadikan pengambilan gula bagi setiap orang dalam sebulan adalah 3.6 kilogram ketika itu.

Baru-baru ini dilaporkan hasil kajian 2008 mendapati rakyat Malaysia secara purata mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari.

Jumlah itu semakin meningkat dan ia bersamaan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh sebulan.

Ini sangat membimbangkan kerana hasil kajian itu, Kementerian Kesihatan merumuskan kira-kira 95 peratus rakyat di negara ini dikategorikan penghidap masalah ketagihan gula dalam pemakanan seharian.

Sehubungan itu, ramai pakar pemakanan dan diet di negara ini menyifatkan tahap ketagihan gula rakyat Malaysia sebagai serius dan perlu kepada tindakan segera.

Lebih membimbangkan, fenomena ini melanda kanak-kanak iaitu menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pengambilan gula berlebihan menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah obesiti atau kegemukan selain masalah kerosakan gigi.

Di kalangan orang dewasa pula, pengambilan gula yang tinggi memburukkan lagi penyakit jantung, batu karang, kanser, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Masalah ketagihan gula juga dikatakan menjadi punca masalah penyakit diabetes yang dihidapi 3.6 juta orang di negara ini dan 62 peratus wanita serta 48 peratus lelaki menghidap obesiti melampau ketika ini.

Untuk itu, gerakan Kempen Kesihatan dan Bahaya Gula (KKBG) yang sedang giat dilaksanakan di seluruh negara wajar disokong segenap masyarakat di Malaysia agar hasrat mengurangkan tahap ketagihan dan kebergantungan kepada gula yang serius dapat direalisasikan.

Dalam masa sama, ia mampu mendidik masyarakat, terutama generasi muda berkenaan penggunaan dan pengambilan gula yang betul dalam kehidupan seharian.

Disarankan rakyat Malaysia bijak mengawal serta mengurangkan jumlah pengambilan gula dalam pemakanan seharian selain mengamalkan konsep pemakanan sihat dan berkhasiat.

Ini juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan seharian yang semakin meningkat dan secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko serangan penyakit berbahaya pada masa hadapan.

Kewujudan dan lonjakan fungsi Institut Kencing Manis Negara (NADI) di samping kerjasama agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain dalam usaha menjalankan kajian, penyelidikan, pembangunan dan sebagainya dapat diperluaskan lagi.

Ini bagi memantau masalah ketagihan gula oleh segelintir rakyat negara ini.

d3ee4b39c340750dc251a59aa7d4d6424g.jpg

Roti Canai dan Nasi Lemak, Dua makanan kegemaran rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
 
dulu aku ketagih gegula hacks..
 
mati semut kerana gula. manusia pn mati kerana gula hahahaha
 
haha roti nampak cam sedap..
 
Back
Top
Log in Register