BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Kena Tipu Hidup2

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,063
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,063
Reaction score
247
Points
133
SAMPAI BILA RAKYAT AKAN DITIPU
Posted by RAKYAT MARHAEN Rabu, 2010 Mei 26


Tanah rezab sekolah diselewengkan kepada kroni Ali Rustam

MELAKA: Penduduk Taman Sri Krubong, di sini, membantah sekeras-kerasnya penyelewengan terhadap tanah yang pada awalnya direzabkan bagi pembinaan sekolah rendah kebangsaan oleh pihak pemaju tetapi telah dipindahmilik kepada enam orang kroni terdekat Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam.

Mereka adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato' Wira Ismail Saleh; bekas Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Dato' Kamarul Zaman bin Md Isa; Ketua Setiausaha Sulit Ketua Menteri Melaka, Rusnani Abd Latip; Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Putra, Radhuana Salleh; Pegawai Protokol dan Istiadat Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Abdullah Mohd Taha dan bekas Pegawai Daerah Melaka Tengah, Abd Kadir Yaakup.

Pemaju telah memberikan tanah empat ekar lebih bagi kemudahan lebih 2,000 penduduk taman serta diluluskan sebagai 'Rezab Sekolah Rendah' pada tahun 2000 tetapi telah dipindahmilik pada 2007, malahan mereka dijanjikan dengan pembinaan sekolah tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 dan ini membuatkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.

Menurut Ahli Jawatankuasa KeADILan Cabang Tangga Batu, Sham Kamat, 42, bahawa mereka telah membuat laporan kepada SPRM Melaka pada Jun 2009 tetapi selepas hampir setahun diberitahu kes itu telah ditutup dan kerajaan negeri mengatakan ianya telah selesai.

"Saya tanya pada 3 Mei lalu, SPRM kata kes membabitkan lot 3077 Mukim Krubong itu telah ditutup dan dipindahmilik kembali sebagai rezab sekolah tapi bila saya semak di pejabat tanah pada 4 Mei, nama enam orang ini masih ada lagi lalu kita buat laporan polis pula.

"Kami benar-benar tidak puas hati dan merasa ditipu hidup-hidup kerana setelah ke pejabat tanah mendapati tanah itu masih lagi menjadi milik mereka," katanya ketika mendedahkan nama individu tersebut.

Beliau turut kesal dengan kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku kerana status tanah adalah untuk pembangunan yang tidak boleh dipindahmilik kepada individu dan mengatakan berlakunya salahguna kuasa serta penyelewengan.

Seorang penduduk, Ya'acob Hamid, 57, pesara, yang telah tinggal di situ hampir 13 tahun membantah tindakan tersebut yang hanya menguntungkan beberapa individu sahaja sedangkan penduduk taman yang begitu memerlukan kemudahan seperti sekolah dan dewan serbaguna dinafikan.

"Saya mahu tanah itu dikembalikan seperti sediakala bagi kemudahan orang ramai dan buat seperti cadangan dulu iaitu bina sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah agama dan dewan serbaguna kerana di sini tiada sekolah, yang terdekat di Krubong serta Cheng sudah padat.

"Kita terpaksa hantar ke sekolah di Malim sejauh tiga km, orang atas bagitau masalah dah selesai tapi tiada surat hitam putih, kita tunggu satu tahun masih sama lagi, sepatutnya tak boleh berlaku sebab ini bukan tanah anugerah kerajaan negeri.

"Saya perjuangkan ini sebab orang atas tak hiraukan dan penduduk taman salahkan saya, saya tak mahu perkara ini berterusan sehingga saya mati pun nanti orang akan salahkan juga," kata beliau.

Katanya, penduduk mengetahui tanah itu dipindahmilik pada tahun 2007 apabila diberitahu oleh Adun Paya Rumput yang menyatakan perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuannya yang berada di luar negeri ketika itu.

Menurut Basiron Abd Raman, 52, pesara, yang juga penduduk di situ, bahawa mereka sedang mengumpulkan tandatangan daripada penduduk taman dan Kampung Tampoi untuk diserahkan kepada Perdana Menteri serta Ketua Menteri Melaka supaya tindakan sewajarnya diambil.

"Kita mahu enam orang yang terlibat ini pulangkan balik tanah ini tanpa dibayar apa-apa pampasan daripada kerajaan negeri dengan menggunakan duit rakyat.

"Kita nak dewan yang boleh digunakan semua orang seperti buat kenduri, parking pun senang, kalau tak dapat sekolah rendah buatkan sekolah agama ataupun jadikan tanah wakaf berkomputer supaya senang warisnya mencari nanti," ujarnya.

Laporan oleh : Zaili Muhammad
sumber
 
UMNO kan memang dasar perompak...memang x pelik pun..
yg peliknya...org kampung gi pangkah parti dajal tuh...

kena tipu hidup-hidup dgn mati-mati kena tipu sama ke?
 
"Saya perjuangkan ini sebab orang atas tak hiraukan dan penduduk taman salahkan saya, saya tak mahu perkara ini berterusan sehingga saya mati pun nanti orang akan salahkan juga," kata beliau.

bak kata karam singh walia:
"terbakar rumah nampak asap,terbakar hati tiada siapa yg tahu"
:D
 
hehhehehe... melaka dah tak cukup tanah nak bagi kroni ler.... tu yg tanah rezab sekolah jadi tanah persendirian... diaorg nak buat umah dekat2, sebaris jer umah vip supaya rege tanah sekitar naik juga....
 
takde info no komen... tapi CM tok memang baik ;)
 
bro..berita bro mcm gossip artis le..
nampak mcm dah bagi fakta, tapi rasenye leh dipersoal lagi..
bgtau la sape yg g ke pejabat tanah?officer pejabat tanah yang mengesahkan tu sape?officer sprm yg kate dah close case tu sape??
so bile ade benda2 mcm ni baru la kuat nak bagi dakwaan kat orang...kalu x, cite ni jadi mcm tu je..
sorry ek..x berniat nak menyinggung sesape..
just harap kalu kite nak tuduh org biarla ada bukti yg menyokong...:)
 
bro..berita bro mcm gossip artis le..
nampak mcm dah bagi fakta, tapi rasenye leh dipersoal lagi..
bgtau la sape yg g ke pejabat tanah?officer pejabat tanah yang mengesahkan tu sape?officer sprm yg kate dah close case tu sape??
so bile ade benda2 mcm ni baru la kuat nak bagi dakwaan kat orang...kalu x, cite ni jadi mcm tu je..
sorry ek..x berniat nak menyinggung sesape..
just harap kalu kite nak tuduh org biarla ada bukti yg menyokong...:)

Sebab tu kita ada polis , SPRM, peguam etc.... buat la kerja masing2! JGn takut siasat pemimpin!!!
 
Last edited:
oh melayu melaka....pangkah lagi 'keris' !
 
SPRM kan Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia. Namanya ada SPRM tapi berani ke siasat pemimpin2 UMNO? Kena buang kerja la jawabnya. Inilah ketelusan ala Malaysia. Rakyat kena tipu hidup2. Ramai tak tau ni. Kalau tak siasat ramai lagi tak tau. Apa nak jadi Malaysia ni.

Ayuh tukar kerajaan!
 
Back
Top
Log in Register