BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat jangan panik ringgit jatuh

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
nazirsufari_tmi_moneychanger_05_(540x370).jpg

Orang ramai jangan panik dengan kejatuhan nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2014.

Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan perdana menteri.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata ini bukan pertama kali negara menghadapi krisis seumpama itu, sambil menambah yang asas ekonomi Malaysia masih kukuh ketika ini berdasarkan trend pelaburan dan imbangan bayaran.

"Rakyat tidak perlu risau atau panik kalau keadaan tidak dapat dikawal, dengan membeli barangan secara pukal, atau akan terjadi suasana kekurangan barangan.

"Ini akan menjejaskan usaha kerajaan dalam merangka langkah tertentu mengukuhkan ekonomi. Kita bukan kali pertama dalam keadaan ini. Kita ada pengalaman. Situasinya mungkin berbeza, tetapi saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu," katanya.

Pada 4 Disember, Berita Harian Singapura melaporkan, ringgit Malaysia jatuh paling teruk dalam tempoh 10 bulan lalu berbanding dolar Singapura.

Berita Harian Brunei juga membuat laporan yang sama apabila kadar ringgit jatuh kepada RM2.63 untuk sedolar Brunei berbanding RM2.57 minggu sebelumnya.

Kedua-dua media negara jiran itu melaporkan, ia berpunca daripada kejatuhan harga minyak di pasaran dunia dengan Berita Harian Singapura menyifatkan keadaan itu sebagai yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1997.

Menurut akhbar itu, para penganalisis menjangkakan Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia paling teruk terjejas ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Perdasama Muda Nasional di Kuala Lumpur hari ini, Hamim mengakui yang ekonomi Malaysia bakal terjejas dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya tidak ada langkah dilakukan bagi mengawal krisis tersebut.

"Sebab itu saya sebut kerajaan sedang buat langkah-langkah tertentu yang akan diumumkan kemudian, biarlah kerajaan umumkan," katanya.

Beliau berkata negara pada masa ini berdepan dengan kesan kejatuhan nilai ringgit berbanding Singapura dan Amerika Syarikat, tetapi pelaburan dan imbangan bayaran masih positif. – 17 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/...gan-panik-ringgit-jatuh-kata-timbalan-menteri
 
Dari ari tu tok ckp.. Lambat laun implikasinya akhir akan jatuh kat rakyat malaaysia..
 
Aduyai....kita dengan Singapore pun dah dekat RM 3.00 = 1SGD...patut la ramai Singaporean beli rumah kat Iskandar Johor....1.2M baru SGD 400K...mudah sangat...sekarang ni pun dah ramai orang singapore beli property kat Johor....orang johor takde rumah, sewa dengan orang Singpore.....
 
Aku dah muak pasal ni.. bukan tak ambil kisah, tapi kita pung pang pung pang, jawapan dari menteri2 B***H tetap sama. Macam diorang tak kisah, dan cuba balun rakyat habis2 sebelum next pru
 
Ako tunggu ape najeb akan umumkan untuk tangani masaela krisis mate wang nim, same ade gune rizab negare tuk pulihkan, bekukan mate wang sampai le mase die stabil semule, atau nantikan keputusannye
 
HARGA MINYAK DI PADARAN DUNIA

Harga naik ---> Rakyat malaysia merana
Harga turun --> Rakyat malaysia merana

Berbeza dgn negara berikut

Rusia : Harga naik --> Bagus, Harga turun --> Tak bagus
USA : Harga naik --> Tak bagus, Harga turun --> bagus
 
Back
Top
Log in Register