BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate rakyat diberi tanah seekar seorang secara free

harga rumah mahal...

Harga purata rumah di negara ini adalah 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia dan kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati, harga itu ‘sangat tidak mampu dimiliki’ atau ‘sangat mahal’ berdasarkan piawaian antarabangsa.

Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata, berdasarkan median pasaran, tahap atau harga mampu milik rumah adalah pada kadar tiga kali median pendapatan tahunan isi rumah.

“Secara umumnya, persepsi bahawa kos pembinaan dan harga hartanah yang tinggi merupakan penyumbang utama kepada harga perumahan yang tinggi. Laporan ini bagaimanapun mendapati kenaikan harga rumah sebenarnya menjadi faktor peningkatan harga hartanah.

“Pemaju perumahan sanggup membayar kos hartanah yang tinggi berdasarkan kenaikan harga pasaran perumahan. Kos pembinaan juga bukanlah faktor penyebab kerana kos pembinaan yang menurun di negara ini tidak membawa kepada penurunan harga rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran laporan terbaharu KRI, bertajuk Mewujudkan Pasaran Perumahan Yang Mampu Dimiliki di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Penyelidikan KRI, Dr. Suraya Ismail.

KRI dalam laporannya menyatakan median harga kediaman di negara ini ialah RM242,000 berbanding pendapatan bulanan RM4,585 dan tahunan RM55,020. Harga kediaman di Kuala Lumpur yang mendapat skor 5.4 jauh lebih tinggi iaitu RM490,000 de*ngan median pendapatan bulanan RM7,620 dan tahunan RM91,440, iaitu di atas paras ‘sangat tidak mampu dimiliki’ atau ‘sangat mahal.’

Berada dalam kelompok sama ialah Kuala Terengganu (skor 5.5) iaitu RM250,000 berban*ding median pendapatan tahunan RM45,324; Pulau Pinang 5.2 (rumah RM295,000, pendapatan tahunan RM56,424) dan Sabah 5.1 (rumah RM230,000, pendapatan tahunan RM44,940).

Kajian itu membahagikan ne*geri-negeri kepada empat kelompok mampu milik iaitu skor 3 ke bawah sebagai mampu, 3.1 hingga 4 (sederhana), 4.1 hingga 5 (sangat tidak mampu), 5.1 ke atas (sangat-sangat tidak mampu).

Sementara itu, laporan terbabit juga mencadangkan perubahan fokus dalam polisi perumahan daripada inisiatif yang dipacu oleh permintaan bagi memperbaiki ketidakcekapan dalam bekalan perumahan.

Kawasan bandar menghadapi cabaran paling besar yang mana pemilikan rumah adalah pada kadar 69 peratus berbanding 72.5 peratus di seluruh Malaysia. Pemilikan perumahan di Kuala Lumpur adalah pada 53.5 peratus berdasarkan banci penduduk dan perumahan 2010.

mungkinkah tanah diberi free dapat selesaikan rumah yang mahal...yang tak mampu dimiliki rakyat jelata..

Susah jgk. Nanti semua berebut nak tanah dekat lrt, dekat hospital, dekat stesen bas, dekat mrt.
Jd x adil
 
biar betui mintak 1 ekar
tapak rumah felda pun suku ekar.

1 ekar boleh buat 8, 12 buah rumah

1 ekar tu lebih kurang 40 000 kaki persegi..

kalau seorang dapat 2000 kaki persegi

bermakna 1 ekar tu untuk 20 orang...

peneroka juga dapat 10 ekar ditanam sawit atau getah..

jumlah peneroka lebih kurang 100 000 orang..

ini bermakna semua tanah diperlukan 100 000 x 10 ekar=1000 000 ekar

1000 000 ekar x 20 0rang=20 juta orang...
 
Susah jgk. Nanti semua berebut nak tanah dekat lrt, dekat hospital, dekat stesen bas, dekat mrt.
Jd x adil


kalau orang duduk sekitar A..dapatlah sekitar A

kalau orang duduk sekitar B ..dapatlah sekitar B juga..

jadi tak boleh lah orang duduk sekitar A mendapat tanah sekitar B
 
kos nak buat rumah sendiri pon makan puluh ribu. klu sorg dpt tanah kos bahan binaan akan meningkat

harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran..

kalau permintaan tinggi .. harga akan naik.

kalau permintaan rendah... harga akan jatuh..

kalau penawaran tinggi... harga akan jatuh..

kalau penawaran jatuh... harga akan naik..

ini berlaku di negara kapatalis..

sementara negara sosialis pula..harga ditentukan oleh kerajaan

Malaysia adalah ekonomi campuran..

jadi kalau kos pembinaan meningkat secara mendadak... kerajaan akan campur tangan..
 
harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran..

kalau permintaan tinggi .. harga akan naik.

kalau permintaan rendah... harga akan jatuh..

kalau penawaran tinggi... harga akan jatuh..

kalau penawaran jatuh... harga akan naik..

ini berlaku di negara kapatalis..

sementara negara sosialis pula..harga ditentukan oleh kerajaan

Malaysia adalah ekonomi campuran..

jadi kalau kos pembinaan meningkat secara mendadak... kerajaan akan campur tangan..

type memang senang.. realiti enta ke mana. harga ayam pon x leh nak kontrol. klu sorg dpy tanah.. klu org ada 10 anak? klu yg ada anak cume sorg? ingat x de isu ka..

kebajikan yg terbaik lebih kepada sosio ekonomi rakyat sendiri. bergaji ikut taraf n inflasi semasa. harga makann reasonable. lebihkan la loan tuk biznes. wujudkan peluang kerja n perniagaan dan byk lagi.. pendek kata piority pada warganegara. bas free, subaidi, rumah dan lain2. bagi tanah x selesaikan masalah. cume bertambah masalah
 
kos melepas


Kawan ingin memberikan ilustrasi yang mudah. Anda mempunyai RM1,000 sekarang. Anda berhajat untuk membeli sebuah i-pad yang mempunyai tanda harga yang sama. Dalam masa yang sama, isteri anda pula mendesak, wang RM1,000 itu diserahkan kepadanya bagi membuat peruntukan bagi persiapan menyambut Hari Raya Puasa yang akan menjelang dua bulan dari sekarang.


Anda menjadi serba-salah. I-pad yang anda idamkan itu akan memudahkan urusan kerja harian anda kerana situasi kerja anda yang memerlukan anda banyak berada di luar pejabat. I-pad itu amat berguna untuk anda menyelesaikan kerja yang tertangguh di pejabat dan juga memudahkan anda berkomunikasi dengan majikan dan pelanggan melalui kemudahan e-mel dan sebagainya.

Sebaliknya, persiapan hari raya juga perlu diambilkira. Duit minyak untuk perjalanan balik kampung, duit angpau, persiapan baju raya anak dan isteri, belanja menyediakan juadah raya dan juga menggantikan langsir atau perabut yang telah usang.

Akhirnya, anda membuat keputusan, keluarga perlu diutamakan. Maka, wang RM1,000 itu diberikan kepada isteri anda. Dalam masa yang sama, anda terpaksa melupakan hasrat untuk membeli i-pad yang telah lama anda idamkan itu.

Apabila anda mempunyai 2 pilihan tetapi memiliki kemampuan yang terhad untuk memiliki kedua-dua pilihan itu, anda terpaksa membuat pilihan untuk memiliki cuma satu sahaja dan terpaksa melepaskan pilihan yang satu lagi, keadaan inilah yang diistilahkan sebagai "KOS MELEPAS" ataupun "OPPORTUNITY COST". Dalam ilustrasi di atas tadi, kerana anda lebih utamakan persiapan keluarga, anda terpaksa melepaskan i-pad dan i-pad itu menjadi Kos Melepas anda.

kalau harga rumah rm300 000.. setiap bulan kena bayar rm1000..ini bermakna banyak kos melepas terpaksa kita lepas kan...

sebaliknya jika dapat tanah free dan buat rumah sendiri...harga rumah akan menjadi rm 50 000 sahaja... ianya dapat kurangkan kos melepas...jadi macam mana..setuju ke...tanah free ni...

Yang pentingnya utamakan keperluan berbanding kemahuan.
 
Back
Top
Log in Register