BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat dibebani RM6.4 bilion cukai

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyifatkan pengenalan cukai itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperoleh daripada pihak industri.

Ahli Jawatankuasanya, Tony Pua berkata, kenyataan bahawa rakyat tidak terbeban dengan pengenalan cukai tersebut dan dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan negara sebagai tidak masuk akal.

“Jika perolehan cukai daripada peniaga akan dikurangkan sehingga RM5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM6.4 bilion akan diperoleh daripada rakyat.

“Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi? Pengecualian cukai RM6.4 bilion yang dinikmati oleh peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Kelmarin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menurutnya, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian dan makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anti-GST, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan menganjurkan sesi jelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai GST.

“Pakatan Rakyat (PR) akan jelajah seluruh negara bulan depan memberi kesedaran kepada rakyat dan menerima maklum balas mereka yang terdiri daripada ahli akademik dan pakar industri," katanya.
 
ni yg menteri tu kata tak beban rakyat tu kan ? :))
 
mungkin ramai yg tak tau..sebenarnya hampir kesemua brg yg dikilangkan dlm negara ni adalah tertakluk pada 10% cukai jualan kecuali produk2 yg dikecualikan. Cukai jualan ini kemudiannya akan diserapkan ke dalam harga barangan tersebut. Jika GST dilaksanakan, kerajaan hanya mengenakan cukai sbyk 4% yg mana adalah lebih rendah berbanding 10% sebelumnya..
Ini adalah fakta & aku rasa kalau nk anti pn biarlah betul2 paham dahulu apa itu cukai jualan, cukai perkhidmatan & GST..jangan tau nk bangkang je..
 
ANTI – CUKAI

Pasukan Khas Pakatan Rakyat Anti-CUKAI hari ini sekali lagi menyanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Ahli Jawatankuasa Anti-CUKAI Tony Pua berkata, pengenalan CUKAI akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

"Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

"Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pelating Jaya Utara pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

nota:

lihat sistem kapitalis
kaum pemodal diselamatkan dari cukai
kaum pemodal dikurangkan cukai 5.4 bilion ringgit
tapi rakyat biasa di cukai 6.4 bilion ringgit.

masih tek sedar lagi
sampai bila nak sedar
sampai seluar dalam tergadai kah kah kah
 
mungkin ramai yg tak tau..sebenarnya hampir kesemua brg yg dikilangkan dlm negara ni adalah tertakluk pada 10% cukai jualan kecuali produk2 yg dikecualikan. Cukai jualan ini kemudiannya akan diserapkan ke dalam harga barangan tersebut. Jika GST dilaksanakan, kerajaan hanya mengenakan cukai sbyk 4% yg mana adalah lebih rendah berbanding 10% sebelumnya..
Ini adalah fakta & aku rasa kalau nk anti pn biarlah betul2 paham dahulu apa itu cukai jualan, cukai perkhidmatan & GST..jangan tau nk bangkang je..

aku rasa ko yg tersalah faham...:))
 
aku rasa ko yg tersalah faham...:))

mintak maap tuan, kalau saya dh salah paham..
boleh tuan terangkan apa yg saya dh salah pemahaman..moga saya tak terus tersalah paham..:)
 
mungkin ramai yg tak tau..sebenarnya hampir kesemua brg yg dikilangkan dlm negara ni adalah tertakluk pada 10% cukai jualan kecuali produk2 yg dikecualikan. Cukai jualan ini kemudiannya akan diserapkan ke dalam harga barangan tersebut. Jika GST dilaksanakan, kerajaan hanya mengenakan cukai sbyk 4% yg mana adalah lebih rendah berbanding 10% sebelumnya..
Ini adalah fakta & aku rasa kalau nk anti pn biarlah betul2 paham dahulu apa itu cukai jualan, cukai perkhidmatan & GST..jangan tau nk bangkang je..

aku takdak la pandai sgt..

tapi kalau kerajaan kurangkan CUKAI...

macam mana pendapatan kerajaan BOLEH BERTAMBAH macam cakap dalam tu?

dapat dari mana? :eek::eek:
 
Pasukan Khas Anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyifatkan pengenalan cukai itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperoleh daripada pihak industri.

kenape rakyat lak yg menanggung
nie sape keje ngan sape nie
kerajaan utk rakyat ke
atau rakyat utk kerajaan
 
bayar jelah kita marah pun tak guna tetap kene byr jugak. barang naik, minyak naik nanti PRU akan dtg taula nasib diorg cam mana
 
nota:
lihat sistem kapitalis
kaum pemodal diselamatkan dari cukai
kaum pemodal dikurangkan cukai 5.4 bilion ringgit
tapi rakyat biasa di cukai 6.4 bilion ringgit.

masih tek sedar lagi
sampai bila nak sedar
sampai seluar dalam tergadai kah kah kah
:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register