BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat AS sudah bosan

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
images

10 Oct 2013
PEMBERHENTIAN PERKHIDMATAN FEDERAL
Rakyat AS sudah bosan
Sokongan pada Dewan Kongres merosot kepada 11 peratus

CHICAGO: Rakyat Amerika Syarikat dilaporkan kini sudah bosan dengan kebuntuan politik di Washington dan melahirkan tidak puas hati apabila pemberhentian sebahagian perkhidmatan federal menjejas kehidupan seharian mereka.

Satu tinjauan Gallup yang disiarkan kelmarin menunjukkan sokongan ke atas Dewan Kongres telah merosot kepada 11 peratus.

Sekitar 70 peratus daripada responden berkata pemberhentian perkhidmatan itu merupakan satu masalah dan krisis besar.

Ini berbanding dengan 56 peratus yang berpendapat demikian dalam tinjauan yang diadakan pada 1995 iaitu kali terakhir pemerintah federal mengalami pemberhentian perkhidmatan.

Tinjauan Pew pula menunjukkan sekitar 28 peratus rakyat Amerika berkata mereka telah terjejas secara peribadi ekoran krisis itu.

Sementara itu, media setempat pula banyak menyiarkan laporan tentang bagaimana kehidupan rakyat biasa kini terjejas.

Ada pasangan yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka apabila taman yang menjadi lokasi majlis terpaksa ditutup.

Kanak-kanak yang sakit dan tenat dilaporkan tidak dibenarkan menyertai ujian perubatan baru di Institut Kesihatan Nasional.

Ada juga berita tentang para pemburu tidak dibenarkan memasuki hutan simpanan apabila musim memburu bermula baru-baru ini.

Apabila pusat penjagaan kanak-kanak yang ditampung dana federal diarah ditutup, para ibu bapa terpaksa mencari alternatif lain.

Terdapat juga laporan mengenai masalah keracunan makanan apabila inspektor makanan diarahkan bercuti tanpa gaji.

Laporan terbaru kelmarin yang mendapat perhatian ialah mengenai keluarga empat askar dan seorang pegawai marin yang terkorban di Afghanistan pada hujung minggu lalu. Mereka dilaporkan tidak akan menerima pampasan segera bernilai AS$100,000 (RM319,150.00) bagi membantu menguruskan kos pengebumian dan perbelanjaan lain.

Melahirkan rasa marahnya, bapa seorang askar yang terkorban, Encik Randall Patterson, berkata:

"Jika ada ahli Kongres yang terperangkap dalam kereta yang hampir karam di dalam sungai, saya akan berenang ke tingkap dan pandang mereka sambil berkata: Telan saja air itu."

Membangkitkan lagi kemarahan ramai ialah apabila ahli kongres dilaporkan akan tetap menerima gaji masing-masing, sedangkan sebahagian besar pekerja perkhidmatan federal diarahkan mengambil cuti tanpa gaji.

Semalam, Presiden Amerika, Encik Barack Obama sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa beliau akan memulakan rundingan berkaitan isu belanjawan hanya jika Parti Republikan bersetuju membuka semula perkhidmatan federal dan menaikkan had pinjaman federal tanpa sebarang syarat.

"Kita tidak boleh biarkan peras ugut ini menjadi sebahagian daripada sistem demokrasi kita," kata Encik Obama. - AFP, Reuters.
 
mukin balasan dr ape yg kerajaan dia wat kat negara lain...
 
agak2 dkt malaysia blh jadi mcm ni tak? Gov tak ada duit nk bayar
kesian dkt goverment servant

kat malaysia no worry...kerajaan sentiasa banyak duit...sebabnyer semua kenaikan ntuk mendapatkan duit adalah untuk kebaikan rakyat...hahahahahhahahha...
 
Encik Obama...:)):))
macam lawak je bunyinye..:)):))
 
masalah sebab federal reserve bukan milik govermnet us....
 
takpe malaysia banyak duit

Cuepacs mintak bonus 2 bulan setgh lagi

haha...
 
Back
Top
Log in Register