BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rajinikanth tiba di Malaysia

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
rajini.jpg

tiba-600x360.jpg

Rajinikanth (berjambang putih) dijadualkan menjalani sesi penggambaran filem di Melaka, pada Khamis ini dan filem itu akan ditayangkan pada April 2016.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober: Pelakon terkenal India, Rajinikanth tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 5.45 petang tadi untuk menjalani penggambaran filem ‘Kabali’ di Melaka.

Sebaik sahaja tiba di KLIA, beliau mengadakan sesi bergambar dengan media.

Rajinikanth berkata, beliau akan berjumpa media pada sidang akhbar esok.

Selepas Malaysia, bintang terkenal itu akan terbang ke Hong Kong dan Thailand untuk baki sesi penggambaran filem itu.

Beliau hanya tiba di Malaysia hari ini, disebabkan filem ‘Kabali’ berdepan beberapa kelewatan dan perubahan.

Filem arahan Pa Rajinth itu adalah lakonan Rajinikanth ke-159.


419050-kabali-700.jpg

CSPzRmIVAAERyuI.jpg

tiba2.jpg

CSPzIEEUEAAJjZD.jpg

Rajinikanth menaiki limousin Hello Kitty.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/10/26/rajinikanth-tiba-di-malaysia/#ixzz3pgPePLjJ
Superstar Rajini jumpa peminat setianya

raj.ashx


MELAKA: Bintang filem Tamil, Rajinikanth membuat kunjungan hormat kepada peminat setianya, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.


Rajini yang sedang menjalani penggambaran di Melaka untuk filem Tamil terbarunya iaitu Kabali, bertemu dengan Mohd Khalil dibawah pengawasan yang ketat di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri pada Selasa.

Menurut Mohd Khalil, ini adalah kali pertama beliau bersemuka dengan pelakon lagenda itu.

"Saya pernah jumpa dia sekali ketika dalam penerbangan. Tetapi ini kali pertama saya bersemuka dengan lelaki hebat ini.

"Saya mula jadi peminatnya sejak dari filem Tamil yang bertajuk Muthu pada tahun 1990," katanya selepas perjumpaan itu.

Tambahnya lagi, beliau menggelarkan dirinya sebagai peminat setia filem-filem Tamil dan juga Rajini yang telah memenangi hati saya.

"Setiap kali saya tengok filem Selatan India, saya tidak akan berganjak dari tempat saya kerana filem-filem itu mengandungi unsur emosi dan juga realiti.

"Sudah tentu saya gembira apabila dapat bertemu dengan bintang filem terkenal Rajinikanth pada hari ini," jelasnya lagi.

Mohd Khalil juga pernah ke Chennai, India untuk menghadiri festival filem Tamil pada majlis-majlis tertentu.

Rajini yang akan berada di Melaka sehingga Jumaat ini beredar meninggalkan pejabat Yang Dipertua untuk penggambaran Kabali di lokasi yang tidak diketahui.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/27/rajini-bertemu-peminat/
 
Rajinikanth tiba di Malaysia hari ini

image.jpeg

RAJINIKANTH dikawal rapi selepas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini bagi menghadiri Nachathira Vizha 2018 yang akan berlangsung esok.

image.jpeg

image.jpeg

RAJINIKANTH (kanan) bersama isteri beliau, Latha Rajinikanth (kiri) menyampaikan jambangan bunga kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malik Stream Corporation Sdn. Bhd., Datuk Abdul Malik Dasthigeer (tengah) di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pelakon tersohor dari India, Rajinikanth tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri ‘Nachathira Vizha 2018 yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, esok.

Rajinikanth yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Superstar’, selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pada pukul 6 pagi tadi bersama isterinya, Latha dengan menaiki pesawat penerbangan Malindo.

Bintang terbesar Kollywood itu juga tiba bersama lebih 200 pelakon lain antaranya, Vishal, Karthi, Aarya, Sivakarthikeyan, Barath, Sham, Vishnu, Janani Iyer, Bindhu Madhavi, Varalakshmi Sarathkumar dan Sri Divya.

Natchathira Vizha 2018 yang menggabungkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan selebriti kriket dan selebriti bola sepak antara artis India dan tempatan, akan berlangsung bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Acara sehari itu yang menghimpunkan lebih 300 artis India Selatan terkemuka gabungan pelakon filem Tamil, Telugu, Malayalam; penyanyi dan pengarah muzik serta artis India tempatan dijangka dihadiri lebih 30,000 peminat negara ini.

Pelakon terkenal ‘Ulaga Nayagan’ Kamal Hassan pula difahamkan akan tiba di Malaysia esok bagi menyertai Nachathira Vizha 2018 yang disifatkan sebagai acara India terbesar di Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara tetamu kehormat yang dijangka hadir pada Nachathira Vizha 2018 anjuran Persatuan Artis India Selatan (SIAA) dengan kerjasama MyEvents International serta mendapat sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat di bawah Kementerian Pelancongan.

Rajinikanth pernah bekerja sebagai konduktor bas di Bangalore sebelum ke Chennai pada 1973 untuk mencapai impiannya berkecimpung dalam dunia lakonan.

Baru-baru ini, pelakon berusia 67 tahun itu menamatkan penantian peminatnya hampir dua dekad, apabila mengumumkan akan menceburi arena politik di Tamil Nadu, India.

Beliau akan membentuk parti politik sendiri dan bertanding di semua 234 kerusi dalam pilihan raya negeri itu yang akan datang.


http://www.utusan.com.my/hiburan/rajinikanth-tiba-di-malaysia-1.585147#ixzz53IQRTZpI

Last edited:
Limusin dia punya ke atau sewa? Tua dah rupanya dia ni,ke buat2 tua untuk watak
 
Tua dah dier nih..aku rasa baya2 Mr Os dier nih..
 
Sultan melaka taknak beri anugerah?
 
Dah butak dah budak rajni ni.. Kelakau tul.. Keter pyn hello kitty:))
 
Back
Top
Log in Register