BTC USD 84,388.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rajagopal: 'Kalah bagus buat pemain'

sanji

Fun Poster
Messages
740
Joined
Nov 2, 2010
Messages
740
Reaction score
2
Points
15
JURULATIH Harimau Malaya, Datuk K. Rajagopal menganggap kekalahan 0-2 di tangan Vietnam dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi sebagai sesuatu yang "bagus" buat anak buahnya.

Jelasnya, dengan kekalahan itu, ia memberi peluang kepada dirinya untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dihadapi oleh anak buahnya.

"Bagi saya, kekalahan ini satu perkara yang bagus.

"Ini kerana dengan kekalahan itu, ia memberi pengajaran kepada pemain untuk bangkit dan mempamerkan aksi bertenaga pada perlawanan seterusnya," kata Rajagobal ketika sidang media di Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai nasib Malaysia untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini selepas kalah kepada Vietnam, Rajagobal menegaskan, beliau tidak mahu terlalu awal menekan butang panik.

Sebaliknya, beliau menganggap peluang Malaysia masih terbuka berikutan mempunyai lebih banyak masa untuk menghadapi saingan tersebut.

"Kenapa saya perlu tekan butang panik. Bagi saya, kalah atau menang adalah adat perlawanan.

"Lagipun, apa yang penting kita perlu sentiasa yakin yang kita mampu mempertahankan kejuaraan itu.

"Saya kenal pemain saya dan saya tahu mereka mampu bangkit nanti," kata Rajagobal yang menganggap kekalahan semalam memberi peluang kepadanya untuk mengatur strategik menjelang Piala Suzuki AFF.

Mengulas lanjut prestasi semalan, Rajagobal mengakui pemainnya tidak mempamerkan aksi bertenaga.

"Rentak permainan pemain agak perlahan berbanding Vietnam yang mempamerkan aksi bertenaga.

"Malah, boleh dikatakan pemain agak sedikit tertekan untuk menghasilkan sebarang gol.

"Tapi, kekalahan ini perlu diterima. Dan jadikan ia satu pengajaran untuk terus bekerja keras mencipta kemenangan," kata Rajagobal yang sentiasa yakin dengan kemampuan pemainnya.


image.jpg


Sumber
 
Last edited:
aku dah agak dah ayat ni akan keluar...stadium sendiri..pengadil sendiri..ape lg nk?
 
vietnam main nmpk tersusun...knp malaysia suka men hantar jauh ye? men short pass x boleh ke?
 
nak wat cam ne .. dia tak ambil peluang untuk naikkan ranking bola sepak negara. Bagi rajagopal, ranking tak penting. Perlawanan berstatus A ni akan dikira dalam mata ranking.

Kalah tempat sendiri lak tu. Mungkin jatuh lagi ranking mesia lepas ni.

Pastu, player nak gi main kat luar negara pung tak boleh.
 
vietnam main nmpk tersusun...knp malaysia suka men hantar jauh ye? men short pass x boleh ke?

control ball pung teruk tuan. Short pass lagi la tak leh ... kena control ngeng vietnam je. Kena main laju la kan kalo nak beat vietnam.
 
bagus tuh..kalah dan kalah lagi..
 
JURULATIH Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menganggap kekalahan 0-2 di tangan Vietnam dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi sebagai sesuatu yang "bagus" buat anak buahnya.

Jelasnya, dengan kekalahan itu, ia memberi peluang kepada dirinya untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dihadapi oleh anak buahnya.

"Bagi saya, kekalahan ini satu perkara yang bagus.

"Ini kerana dengan kekalahan itu, ia memberi pengajaran kepada pemain untuk bangkit dan mempamerkan aksi bertenaga pada perlawanan seterusnya," kata Rajagobal ketika sidang media di Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai nasib Malaysia untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini selepas kalah kepada Vietnam, Rajagobal menegaskan, beliau tidak mahu terlalu awal menekan butang panik.

Sebaliknya, beliau menganggap peluang Malaysia masih terbuka berikutan mempunyai lebih banyak masa untuk menghadapi saingan tersebut.

"Kenapa saya perlu tekan butang panik. Bagi saya, kalah atau menang adalah adat perlawanan.

"Lagipun, apa yang penting kita perlu sentiasa yakin yang kita mampu mempertahankan kejuaraan itu.

"Saya kenal pemain saya dan saya tahu mereka mampu bangkit nanti," kata Rajagobal yang menganggap kekalahan semalam memberi peluang kepadanya untuk mengatur strategik menjelang Piala Suzuki AFF.

Mengulas lanjut prestasi semalan, Rajagobal mengakui pemainnya tidak mempamerkan aksi bertenaga.

"Rentak permainan pemain agak perlahan berbanding Vietnam yang mempamerkan aksi bertenaga.

"Malah, boleh dikatakan pemain agak sedikit tertekan untuk menghasilkan sebarang gol.

"Tapi, kekalahan ini perlu diterima. Dan jadikan ia satu pengajaran untuk terus bekerja keras mencipta kemenangan," kata Rajagobal yang sentiasa yakin dengan kemampuan pemainnya.


image.jpg


Sumber

:)cgrock bagus sang gupal ni,kenal sokmo pemain dio :)cgrock
=D>=D>=D>=D>
 
vietnam main nmpk tersusun...knp malaysia suka men hantar jauh ye? men short pass x boleh ke?

itulah pasal..suka betul malaysia main hantaran jauh..tak apa klu hantaran tue tepat kat pemain Malaysia..ini tepat kat pemain lawan..dari dulu smpai sekarang x ada perubahan corak permainan..
 
Back
Top
Log in Register