BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Thai bertitah selama lima minit

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
du_021-23.jpg

RAJA BHUMIBOL ADULYADEJ (tengah) bertitah di Istana Besar, Bangkok semalam.

BANGKOK - Pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej meminta rakyatnya bersatu padu sebagai respons ke atas banjir paling buruk dalam tempoh setengah abad negara ini.

Raja Bhumibol bertitah semalam bagi meraikan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 tahun.

Baginda bertitah di Istana Besar selama lima minit selepas dibawa dari sebuah hospital berdekatan.

Raja Bhumibol dirawat di hospital itu lebih dua tahun.

Sejumlah penduduk berbaris di tepi jalan dengan mengibarkan bendera dan menyorak panjang umur buat raja mereka.

Kehidupan kira-kira satu perlima daripada 64 juta penduduk Thailand terjejas ekoran banjir yang bermula lewat Julai lalu.

Lebih 600 orang telah mati.

Raja Bhumibol memberitahu kepada para pegawai bahawa kestabilan bergantung kepada kegembiraan rakyat.

Menurut baginda, adalah menjadi tanggungjawab untuk bekerjasama dan menyelesaikan masalah dengan mengikut kemampuan yang terbaik mereka.

"Perkara paling penting adalah anda tidak sepatutnya berpisah atau bergaduh sesama sendiri," titah baginda.

Negara Thailand telah menjadi sebuah negara yang berada dalam ketidaktentuan politik sejak tentera merampas kuasa pada 2006 bagi menggulingkan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sekali gus menyebabkan perbalahan kuasa di antara para penyokong dan penentangnya.

Perbalahan itu kadang-kadang menyebabkan keganasan dengan pada tahun lalu, 90 orang kehilangan nyawa dan beberapa buah bangunan dibakar. - Agensi
 
orang thailand memang hormat betul dengan raja dia.. cube lah pg thai
 
org thai ni kalo ckp lembut je tau bahasa die.nahu die jenis sentimental...
 
orang thailand memang hormat betul dengan raja dia.. cube lah pg thai

rakyat diorg walaupun pelbagai puak dan bangsa tetap hotmat raja diorg,sbb diorg dah diasimilisasikan
 
orang thailand memang hormat betul dengan raja dia.. cube lah pg thai

mmg la..kat sana diorg anggap raja mcm wakil TUHAN...
tak caya?? cuba ko kutuk raja diorg masa kat sana...confirm ko kena penjara 20-30 thn...atau kalo kes yg lebih berat mungkin boleh kena hukuman bunuh...
so hati2 segala percakapan kita masa g sana...jgn sekali kali hina atau buruk-burukkan raja diorg..silap2 hari bulan kita kena penjara 20-30 thn..
 
Back
Top
Log in Register