TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
SIRI PARA RAJA: RAJA GILGAMESH
Raja Gilgamesh merupakan salah seorang raja yang memerintah Mesopotamia dari Dinasti Uruk. Raja Gilgamesh merupakan watak utama yang diceritakan oleh bait-bait yang tercatat pada Epik Gilgamesh. Baginda merupakan anak raja Uruk yang dipercayai hidup sekitar tahun 4800 Sebelum Masihi di Mesopotamia.
Ayahnya bernama Raja Lugulbanda bin Enmerkar bin Mesh-kiangga-shar bin Aga bin Enmebaragesi bin Iltasadum bin Ilku bin Tizqar bin Barsal-Nuna bin Melam-Kish bin En-Menuna bin Balih bin Etana (Awan) bin Qabil bin Nabi Adam dan sementara ibunya bernama Ninsun.
Epik Gilgamesh merupakan kisah sejarah kuno Mesopotamia yang menceritakan dengan cukup lengkap tentang kejadian-kejadian yang berlaku ketika itu, antaranya adalah kisah Banjir Besar. Epik Gilgamesh ini telah menjadi suatu pengalaman yang mendebarkan bagi sejarah orang-orang Sumeria dan Babylon. Dalam beberapa catatan, Raja Gilgamesh merupakan sahabat karib kepada Ogias bin Ohia bin Syamyaza.
Diceritakan bahawa ketika zaman pemerintahan Raja Gilgamesh, baginda telah mengetahui melalui beberapa perwakilan dan pedagang bahawa ada seorang alim bernama Utunabishtim (Nabi Nuh) mengajarkan tentang agama Tuhan dan melarang dari menyembah berhala. Raja Gilgamesh yang mengetahui perkara tersebut bertekad untuk keluar dan berjumpa sendiri dengan si alim yang diceritakan oleh pedagang itu. Baginda pun bertekad untuk berkelana bersama Enkidu.
Watak Enkidu yang disebut di dalam Epik Gilgamesh ini merupakan sahabat baik beliau.
Mereka berdua telah meredah padang pasir untuk bertemu dengan Uthunabishtim (Nabi Nuh). Mengikut kedua-dua catatan (Sumeria dan Akkadia) ketika di dalam perjalanan mereka berdua berlawan dengan Humbaba, makhluk gergasi bangsa Nefhilim yang menguasai hutan Cedar yang paling ditakuti pada ketika itu. Menurut catatan ini lagi, ketika dalam perjalanan, Enkidu jatuh sakit dan meninggal dunia. Maka bermula lah perjalanan Raja Gilgamesh bersendirian di tengah-tengah padang pasir yang tiada penghujungnya.
Dalam perjalanannya, beliau telah berjumpa dengan sekumpulan orang ramai yang berpusu-pusu untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang benama Utunabishtim(Nabi Nuh). Maka Raja Gilgamesh telah bertanya kepada salah seorang daripada kumpulan tersebut “Ke manakah kamu ingin pergi?” Maka jawab lelaki tersebut: “Kami ingin bertemu dengan seorang alim yang telah membina kapal besar, khabarnya akan ada banjir melanda di tempat kita ini”.
Maka sedarlah Raja Gilgamesh bahawa orang tersebut adalah Utunabishtim (Nabi Nuh) yang ingin dijumpainya sekian lama. Tanpa melengahkan masa, beliau turut mengikuti kumpulan tersebut. Setibanya mereka di satu kawasan bukit, terlihat oleh Raja Gilgamesh sebuah bahtera yang siap dibina.
Tanpa berlengah lagi beliau bergegas untuk berjumpa dengan Utunabishtim (Nabi Nuh) yang dipanggil ‘datuk’. Setelah itu, Raja Gilgamesh pun menyertai Utunabishtim (Nabi Nuh) di dalam bahteranya lalu menceritakan kepada Utunabishtim (Nabi Nuh) kisah perjalanannya yang panjang semata-mata untuk bertemu dengan Utunabishtim (Nabi Nuh).
Selepas perbualan tersebut, Utunabishtim (Nabi Nuh)telah mengarahkan Raja Gilgamesh untuk menolong Enhilil bagi mengendalikan kapal tersebut. Sementara menantikan keadaan air kembali tenang dan berhenti bergelora, Utunabishtim (Nabi Nuh) sempat berdakwah kepada seluruh penghuni di dalam kapal tersebut tentang kewujudan hari sesudah mati, pembalasan hari akhirat dan kepercayaan kepada Pencipta yang satu.
Namun begitu, hakikat sejarah yang mementingkan data yang berbentuk akademi, maka epik ini dianggap sebagai bahan lagenda. Justeru itu pihak Barat tidak mengakuinya sebagai catatan pertama dunia. Persoalannya, epik ini terlalu lengkap penceritaannya untuk ditolak sebagai bahan bertulis pertama yang dijumpai di dunia!
#MAMR
www.facebook.com

Kelab Pencinta Sejarah & Trivia Dunia | SIRI PARA RAJA: RAJA GILGAMESH | Facebook
SIRI PARA RAJA: RAJA GILGAMESH Raja Gilgamesh merupakan salah seorang raja yang memerintah Mesopotamia dari Dinasti Uruk. Raja Gilgamesh merupakan watak utama yang diceritakan oleh bait-bait yang...