BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rais yang kurang ajar!!!

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,106
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,106
Reaction score
690
Points
166
MARAH betul sahabat saya yang berkerja sepenuh masa di Ibu Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut kepada si pembakar jambatan Rais bin Yatim@Jantan kerana Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu telah membawa Tahun Baru Cina ke negeri Serambi Makkah.

Sahabat saya itu menyesali Rais telah memperalatkan perayaan Tahun Baru Cina untuk kepentingan politik. Menurutnya patutlah Abdullah (dipanggil Dollah) memilih suasana Tahun Baru Cina untuk mengadakan pilihan raya.

Sahabat itu marah bukan apa, dahlah eksplotasikan perayaan itu tetapi Rais sedikit pun tidak hormat Kerajaan Kelantan. Rais, katanya melibatkan Cina MCA di Kota Bharu saja dan bukan Cina seluruh Kelantan.

Untuk pengetahuan Rais Cina di Kelantan bukan saja sekitar Jalan Kebun Sultan yang kini sudah jadi mini Petaling Street, tetapi Cina juga ada di serata pekan di Kelantan.

Bertukar

Malahan di kampung juga Cina ada seperti di Kelar, Kasar Pasir Mas, Guchil Kuala Krai di mana budaya dan kehidupan mereka tidak ubah seperti orang Melayu. Kalau salah pandang bertukar antara Melayu dengan Cina.

Begitu pun munasabah juga kalau sahabat saya di Jalan Raja Laut itu terkilan kerana Rais seharusnya ikut sama mengambil kira Cina di serata Kelantan itu berhubung cadangan berkenaan. Jangan tumpu di satu kawasan saja.

Yang juga sahabat saya marah ialah kerana Rais tidak membabitkan Exco Kelantan berbangsa Cina, Annuar Tan Abdullah. Menurut sahabat itu sepatutnya Annuar Tan dibuat berkira dalam soal menyambut tahun baru Cina itu. Sahabat itu bertanya apakah Rais buta tidak tahu hal itu.

Biarlah, saya setuju kalau sahabat itu marahkan Rais kerana memperalatkan perayaan Tahun Baru Cina untuk kepentingan politik, tidak ajak Annuar Tan dan sebagainya. Tidak patut peralatkan perayaan 'keagamaan' untuk tujuan politik. Itu juga boleh dicharge di bawa menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik. Sama-sama kita tunggu komen Abdullah Md Zain menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menuduh ada parti politik peralatankan agama untuk kepentigan politik. Apakah beliau maksudkan kepada perbuatan rakan sekabinetnya itu?

Dalam hal ini saya ada pandangan lain berhubungan tindakan Rais itu. Apakah Rais boleh dikatakan menteri cerdik bila beliau membawa perayaan itu ke Kelantan.

Rasanya Kelantan bukan tempat untuk diadakan festa tahun baru Cina atau Deepavali berunsur keagamaan itu. Ia lebih elok kalau diadakan di Johor Baharu, Penang atau Ipoh berulang kali. Perayaan tahun baru Cina ada sangkut paut dengan perayaan keagamaan. Janganlah cemarkan kesucian dan kemurinia Kelantan dengan perayaan seperti itu.

Cukuplah apa yang sudah ada di Kelantan. Kalau tidak bawa perayaan itu pun tahun baru Cina tetap juga diadakan. Naga tetap juga menari-nari di Dewan Perniagaan China dan di Jalan Kebuan Sultan. Dan adakalanya Tok Guru Nik Aziz sendiri bermain dan berjinak dengan singa buatan itu.

Apakah itu tidak cukup?

Saya ingin tanya Rais dan juga orang sekampung dengannya. Apakah jadi nasib Melayu takdirnya Melayu menjadi minoriti di dalam negara ini dan orang Cina memegang Kerajaan. Apakah mereka akan mengambil inesiatif demikian untuk mengadakan sambutan Aidifitri atau Mauludi Rasul di serta tempat?

Strategis

Perihal Annuar Tan yang disebut oleh sahabat saya di Jalan Raja Laut itu, tidak perlu dikesalkan apabila Rais membawa perayaan itu dan tidak menjemputnya. Kalau beliau mempunyai pandangan jauh dan strategis serta pandai mengambil kesempatan beliau awal-awal lagi mewartakan Kelantan akan membuat sambutan seumpama itu besar-besaran.

Tidak salah, sebab Kerajaan Pas menerimanya! Kalau Annuar Tan ada idea untuk sama-sama mengkomersialkan perayaan itu tidaklah pula sampai Rais memotong tripnya. Annuar Tan boleh buat naga besar-besar dan arak keliling setiap bandar dan pekan di Kelantan. Tok Guru dan orang sefikirah politik dengannya boleh menghadiri untuk mengekori naga dari belakang sambil menghulurkan angpau dalam sampul merah.

Dalam eksplotasikan kebudayaan berbagai kaum ini untuk kepentingan politik saya nampak bukan saja dilakukan Umno dan BN, tetapi Pas juga ikut sama terikut-ikut dengan BN dan Umno. Pas semacam tidak yakin kepada diri sendiri dalam memastikan pengaruh dan kekuatannya kekal dan untuk mendapat sokongan rakyat.

Saya rasa Pas jangan terikut sangat dengan budaya dan feel Umno. Pas harus kekal dengan identitinya sendiri yang selama ini sudah diterima rakyat. Matlamat menghalalkan cara bukan uslub dan pendekataan Pas.

Inilah fenomena yang saya sering sebutkan akhir-akhir ini ada unsur-usnru cuma nak menyamakan Pas dengan Umno dari segi tindak tanduk, cara berfikir dan strategi politik. Ada yang Umno sudah lama lempar Pas baru nak ambil.

Kepada sahabat saya di Jalan Raja Laut itu tenguk-tenguklah apa yang saya bimbangkan itu. Jangan kerana orang kita buat silap maka kita pun buat-buat tidak nampak. Al munafik namanya itu.
 
DDos juga tak kurang ajar...
cukup2 sudahlah patung budha yg terbesar di Malaysia ada di kelantan...
nih nak buat cny celebrate plak di kelantan..
serambi mekah tu...
 
DDos juga tak kurang ajar...
cukup2 sudahlah patung budha yg terbesar di Malaysia ada di kelantan...
nih nak buat cny celebrate plak di kelantan..
serambi mekah tu...

bro, gereja kristian terbesar di asia tenggara kat negeri mana ek bro?
wa kurang pasti laa...
 
Last edited:
bro, gereja kristian terbesar di asia tenggara kat negeri mana ek bro?
wa kurang pasti laa...



logik la...
majoriti penduduk bukan melayu..
bukan ada kg melayu pun tepi tuh..
apadaaa....
 
publisiti murahan biasanya akan berakhir dengan sad ending...mereka akan kecundang...tengoklah nanti kalau tak percaya !!!
 
takde isu apenyer...bacalah baik2 si peacock !!! :o

ekekeke...:)) :)) kembar dia tuh.. buat2 lupa lak.. nasib baik ko ingat kan..:eek: :eek:
 
DDos juga tak kurang ajar...
cukup2 sudahlah patung budha yg terbesar di Malaysia ada di kelantan...
nih nak buat cny celebrate plak di kelantan..
serambi mekah tu...

bukanlah ... patung budha yg terbesar ada kat sungai kalai kedah daerah sik... lenkali... jgn main hentam jer....
 
Back
Top
Log in Register