BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rais dilantik Speaker Dewan Rakyat?

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,595
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,595
Reaction score
2,176
Points
261
BEKAS Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim dipercayai bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Manakala timbalannya pula akan dipegang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan, sekali gus mencipta sejarah sebagai Timbalan Speaker wanita pertama di negara kita.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat melantik Rais, 76, yang juga bekas menteri dan ahli baharu dalam Bersatu.

Rais ketika dihubungi akhbar tersebut memberitahu, beliau sedia menerima tugas tersebut dan menganggapnya sebagai satu perkhidmatan kepada negara.

Pada 4 Jun lalu, Rais secara sah menyertai Bersatu dan beliau menerima kad keahliannya daripada perdana menteri sendiri.

Sebelum ini, beliau turut lantang mengkritik kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial sehingga dipecat daripada UMNO bersama dengan dua veteran UMNO, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Hannah menjadi pilihan partinya, DAP memandangkan beliau mempunyai pengalaman sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai memberitahu akhbar ini, walaupun DAP mempunyai calon pilihan sendiri, bagaimanapun, isu pelantikan Speaker Dewan Rakyat ini tidak pernah dibawa bincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Keputusan muktamad siapa menjadi Speaker Dewan Rakyat akan hanya ditentukan Perdana Menteri. Beliaulah yang akan memberi keputusan terakhir," kata Kok Wai kepada akhbar ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengakui partinya turut mempunyai beberapa calon pilihan untuk menduduki Speaker Dewan Rakyat.

"Bagaimanapun, parti kami tidak pilih daripada ahli Parlimen sebaliknya kami lebih berminat pilih daripada kalangan bekas hakim dan peguam yang berpengalaman," kata Khalid.

Mengenai Rais yang menjadi pilihan perdana menteri, kata Khalid, partinya tidak mempunyai sebarang bantah dengan pelantikan Rais kerana beliau adalah bekas menteri dan berpengalaman luas dalam bidang undang-undang.

DAP dapat tambahan seorang menteri, dua timbalan menteri

DAP diramalkan mendapat tambahan seorang menteri serta dua timbalan menteri dalam barisan jemaah menteri Kabinet yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu hadapan.

Ketika membuat ramalan berkenaan, Oriental Daily difahamkan, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin akan diberi kepercayaan dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar kerana beliau memiliki kelulusan dalam bidang kejuruteraan kimia dari Universiti Cambridge.

Pelantikan Bee Yin, yang sebelum ini menjadi ADUN Damansara Utama pada PRU lalu, dikatakan menerima persetujuan daripada perdana menteri sendiri.

Akhbar ini menulis, manakala dua timbalan menteri DAP yang terpilih ialah Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong, calon untuk Ayer Hitam dalam PRU14 tetapi tewas kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Nie Ching yang telah menjadi ahli Parlimen sejak 2008 diramal akan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Manakala bagi Chin Tong, seorang pemimpin DAP yang bermain peranan besar pada PRU lalu tetap terpilih walaupun beliau bukan ahli Parlimen.

Beliau akan hanya dibenarkan menjadi menteri selepas dilantik sebagai senator.

Chin Tong dikatakan akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ataupun Timbalan Menteri Pertahanan.

Secara kebetulan, ketiga-tiga mereka bertanding dalam Parlimen Johor pada PRU14 dan 'bos' mereka juga berasal dari negeri yang sama.

Sekiranya Nie Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, 'bos'nya ialah Dr Maszlee Malik yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam sementara 'bos' Chin Tong pula Tan Sri Muhyddin Yassin (Ahli Parlimen Pagoh) sekiranya dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
 
ada lantikan menteri baru.. ?

bukan kata nk kurangkan jumlah menteri ?

brp jwtn menteri yg masih kosong yer ?

kerajjan swing.. hari ni lain esok lain.. ape kisah
 
smlm aku jumpe anak saudara rais nie.. dia kata org nie nak rehat..
 
belum muktamad lagi ni kan



Belum muktamad. Kerajaan skrg padan test
market jer. Kalo takde membantah dia on.
Ada yg bantah dia flip flop...



Tapi rasanya tun cari penyakit kalo lantik
pak rais. Dah la kor ming kena reject, ni
hannah pulak. Mau berjurai airmata guan eng...:D



.


.
 
Ok je rais jadi speaker...hannah jd timbalan...gandingan yg mantap
 
Back
Top
Log in Register