surfer957
Super Active Member
- Messages
- 7,974
- Joined
- Mar 30, 2008
- Messages
- 7,974
- Reaction score
- 26
- Points
- 70
http://www.bharian.com.my/Friday/Hip/20080919065819/mainpix
BERCERITA pasal mengandung, teringat pula Cik Normah pengacara yang cukup sinonim dengan program siaran Astro, Raianna Abdul Rahman atau Rai. Dulu Cik Normah sering terkenang gelagat Rai bersama suaminya, Zain Shah Mohamed Shah ketika menyertai program realiti, Sehati Berdansa.
Mereka tampil romantis sehingga ada kalanya cemburu juga Cik Normah melihat kebahagiaan mereka. Bukan cemburu yang tak elok, cuma Cik Normah tumpang gembira lihat rumah tangga mereka terus rukun dan damai. Walaupun kedua-dua Rai dan Zain sedikit low profile tetapi mereka membuang rasa malu dan menyertai pertandingan itu untuk tujuan amal.
Lama tidak bertemu, baru-baru ini teman Cik Normah terpandang kelibat pengacara tinggi lampai ini. Seperti biasa, apabila terjumpa Rai pasti bercerita sedikit sebanyak. Lagipun, Rai yang dikenali memang cukup peramah.
Dari awal lagi teman Cik Normah seronok menatap wajah Rai yang berseri-seri. Mana tidaknya, rupanya seperti Nora, Rai juga sedang membawa budak.
Dah lima bulan Rai mengandung anak keduanya ini. Kata Rai, disebabkan sudah lama tidak mengandung, dia dan suaminya cukup teruja apabila dimaklumkan dirinya sedang hamil. Maklum, jarak antara anak sulung dengan yang kedua ini agak jauh. Tak silap Cik Normah anak sulung Rai dah berusia lima tahun.
Rezeki Rai yang sudah lama merindui tangisan bayi. Malah, kata Rai, sepanjang bulan puasa ini dia lebih selesa berbuka di rumah. Bukan tak mahu keluar atau malu berjumpa orang ramai, tetapi baju lama kebanyakannya dah tak muat.
Iyalah, daripada membazir beli baju baru yang hanya dipakai beberapa bulan saja, baik wang yang ada itu digunakan untuk membeli barangan keperluan bayi. Raya pun nak dekat, perbelanjaan perlu dirancang dengan bijak. Apa pun tahniah Cik Normah ucapkan kepada Rai dan suami. Doa Cik Normah, semuanya berjalan lancar dan Rai juga akan selamat melahirkan bayinya nanti.