BTC USD 81,916.3 Gold USD 4,140.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia terbongkar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Tindakan seorang bapa memeriksa telefon milik anak perempuannya membongkar rahsia anaknya pernah dirogol teman lelaki yang juga seorang remaja bawah umur.

Bapa berusia 35 tahun itu mensyaki anaknya yang baru berusia 12 tahun itu menjadi mangsa rogol apabila terbaca perbualan gadis itu dengan teman lelakinya melalui aplikasi Whatsapp.

Susulan itu, lelaki itu membuat laporan polis setelah anaknya sendiri mengaku dia pernah dirogol bekas teman lelaki, hujung Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz salleh berkata, susulan laporan polis yang dibuat lelaki itu, polis bertindak menahan seorang remaja berusia 15 tahun ketika berada di sebuah rumah di perkampungan Sungai Isap di sini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kira-kira jam enam petang hari yang sama untuk menjalani pemeriksaan.
 
Nasib baik bapa si mangsa celik IT boleh trace perogol.
 
bagus... bapa yang cakna mengenai anak-anak beliau. Syabas encip bapa.
 
pergh,
12 tahun dah kena toron?
gile ar
 
Gara2 smartfon dan fb.. elakkan anak2 guna smartfon ni.. byk tak elok dari yg elok..
 
smart phone is virus for underage :((:((
 
la ni bahaya..ade lock folder..susah jgk nk boleh baca kikiki
 
Back
Top
Log in Register