BTC USD 83,309.2 Gold USD 4,159.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia Seorang Ayah

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
dari facebook.. tp ada kebenarannya...

422874_356359811054011_128985930458068_1095470_1463659178_n.jpg


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah silalah share :)


Tambahan aku;

setiap ayah ada egonya sendiri dan semua org yg dah jadi ayah faham maksud ni..
sbnarnya dalam diri ayah rasa sayang + kasih + rindu melebihi dari seorang ibu.. cuma dia x dapat lafazkan dengan kata-kata dan walaupun ayah marah dan tegas tapi dalam kita tidak nampak dia mahu mengalirkan air matanya tapi kerana ego sbg seorang ayah dia tahankan juga..
Kerana ego, jarang ayah mahu memeluk anaknya berbanding ibu walaupun dalam hatinya dia ingin memeluk anaknya.. kerana anak itulah yang diazan dan diqamatkan ketika lahir.. kini telah dewasa.. kita tidak tahu yang ayah kita menangis kegembiraan semasa kelahiran kita...
kita tidak tahu betapa ayah menahan ngantuk ketika anak menangis ketika malam dan esok terpaksa pergi kerja pagi..
kita tidak tahu bertapa seorang ayah berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga..
dan kita tidak tahu betapa hancurnya hatinya bila mendengar kita buat nakal atau jahat..

bagi yang dah jadi ayah.. bagaimana perasaan anda bila dapat cahaya mata.. begitulah ayah kita masa menerima hadiah dari Allah iaitu KITA sendiri.. kalau boleh dia ingin anak nya bersamanya hingga keakhirhayatnya walaupun dia tahu qada' dan qadar ditentukan Allah...

Bila seorang ayah merotan kita, memukul kita dan menyakiti kita.. sbnarnya dia sedang menghukum dirinya sendri.. cuma kita rasa ayah ni jahat suka pukul kita tapi kita lupa yang kalau kita tak salah.. ayah takkan rotan..
Namun, bila dah dewasa.. baru kita berterima kasih ayah kerana merotan dan memukul kita dulu..

Itulah ayah..kita jarang dapat peluk ayah berbanding ibu... kerana ego ayah..
Ayah jarang minta duit kita sebab dia masih terasa tanggungjawapnya sejak kita lahir dia yg menanggung kita.. Namun kejamkah kita kalau kita tak bagi sebab ayah tak minta?
 
jika kita di rotan dan di marahi bukan bermakna kita di benci..itu maknanya kasih sayang seorang ayah..jika ayah tidak memarahi dan merotan kita bermakna mereka tidak mengambil peduli apa yang kita lakukan..
 
thx TT..nak share katne pulok ni...???
peninglah.gif
 
Back
Top
Log in Register