BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 Pesan Ayah Buat Anak Menerusi Surah Luqman

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20231120_081717_956.jpg

IMG_20231120_081717_084.jpg

IMG_20231120_081717_249.jpg


6 PESAN AYAH BUAT ANAK MENERUSI SURAH LUQMAN

1. Tidak Mensyirikkan Allah SWT

2. Sentiasa berbakti kepada jedua Ibu Bapa

3. Setiap perbuatan akan dibalas

4. Mendirikan solat, berdakwah dan bersabar

5. Jangan sombong, jaga adab berbicara dan jangan angkuh

6. Tawadhu, sederhana dalam berjalan dan pertuturan

Siapakah Luqman al-Hakim?

Luqman al-Hakim merupakan seorang yang disebut namanya di dalam al-Quran yang terkenal dengan nasihat-nasihatnya kepada anaknya sehingga Allah turunkan satu surah yang dikenali dengan Surah Luqman.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Luqman al-Hakim merupakan seorang yang disebut namanya di dalam al-Quran yang terkenal dengan nasihat-nasihatnya kepada anaknya sehingga Allah turunkan satu surah yang dikenali dengan Surah Luqman.
 
6 PESAN AYAH BUAT ANAK MENERUSI SURAH LUQMAN

1. Tidak Mensyirikkan Allah SWT
2. Sentiasa berbakti kepada kedua Ibu Bapa
3. Setiap perbuatan akan dibalas
4. Mendirikan solat, berdakwah dan bersabar
5. Jangan sombong, jaga adab berbicara dan jangan angkuh
6. Tawadhu, sederhana dalam berjalan dan pertuturan

Bagus pesan Luqman al-Hakim ni :)
 
Pesanan Buat Anak

Luqman al Hakim berpesan pada anaknya seperti yang diceritakan dalam surah Luqman. Buat anak-anak, Ingatlah pesanan ini;

1. Jangan melakukan perbuatan Syirik.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu ia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah (syirik), sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman: 13).

2. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa sama ada semasa mereka hidup mahupun selepas kemaatian keduanya.

وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu” (Lukman: 14).

3. Ingat, setiap perbuatan kita akan menerima balasan walau sekecil manapun sama ada perbuatan itu baik atau sebaliknya.

يَٰبُنَىَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِى صَخْرَةٍ أَوْ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوْ فِى ٱلْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

(Luqman berkata), ‘Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha halus lagi Maha Mengetahui.” (Luqman: 16).

4. Dirikan solat, laksanakan tugas dakwah dengan mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran serta bersabar

يَٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأْمُرْ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱنْهَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ

“Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman: 17).

5. Jangan sombong dan angkuh, jaga adab ketika berbicara dengan orang lain

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

6. Bersifat tawadhu’, bersederhana dalam berjalan dan pertuturan

وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوَٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِيرِ

“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Luqman: 19).

Semoga pesanan ini sentiasa diikuti.

 
Pesan Buat Anak-Anak

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Ibrahim AS kepada anaknya agar terus kukuh dalam agama Islam serta mati di dalam agama ini.

وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian juga Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”. (Surah Al-Baqarah ayat: 132)

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Yaakub AS kepada anaknya agar menyembah Allah SWT dan patuh kepadaNya sahaja.

أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Adakah kamu hadir ketika Yaakub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah ayat: 133).

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW kepada anak-anak dan ahli keluarganya yang lain agar mendirikan solat.

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

“Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) kepada ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini). (Surah Taha ayat: 132)

Menurut al-Imam al-Qurtubi, setelah turunnya ayat ini, Rasulullah SAW akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, menyeru mereka supaya menunaikan solat. Lihatlah walaupun anak tersebut telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami, Rasulullah SAW masih mengingatkan anaknya supaya menunaikan solat. (al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, 1964, 11/263).

 
Back
Top
Log in Register