BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia Memotong Kuku

AWEKN9

Fun Poster
Messages
154
Joined
Mar 26, 2007
Messages
154
Reaction score
1
Points
15
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit


* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan



* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.


* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.


* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
 
hmm..first time dengar pasal benda nie..
 
haah...sabda nabi yg 1st time dgr. Betul ke hadis ni?
 
m...awekn9. boleh tunjukan dari mana awak dapat hadis nie tak?
 
Ye lar..aku pon first time dengaq...
 
kat shoutbox zaharuddin.net ada jawapan psl soal potong kuku ni...harap periksa betol2 sblm copy paste artikel...ntah celah mane dtg x tau kan bahaye...
 
kat shoutbox zaharuddin.net ada jawapan psl soal potong kuku ni...harap periksa betol2 sblm copy paste artikel...ntah celah mane dtg x tau kan bahaye...

Hello geng..
betui tu.. aku dah 12 tahun aku potong kuku hari rabu aje.. tok guru aku mengaji pon pesan elok2 potong hari jummat selepas mandi sebelum solat jummat dan hari rabu... tapi tenggok statement ni banyak hari yg tak buleh aje... checking betui!! jgn tibai cakap hadis aje.. kalau betul tak per.. :D
 
aku penah dengar..n penah dapat risalah dia...tapi dah pegi maner pun tak tahu risalah tu(memang ada ayat jawi pasal benda nih)...yg pasti ari jumaat ajer aku potong kuku...wallahu..


saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;




* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

neon
terima kasih

--------------

Jawapan :

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-'Ied : "Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. ..."

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

"Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa."

wallahu a'lam
abdulkadir
-----------

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm
 
Last edited:
hmm...aku pun penah dengar dan terbace pasal hikmah2 memotong kuku nih..tapi tak ingat la kat mane dan bile..kalau tak silapmase tu aku tgh bace hikmah solat tarawikh bulan ramadhan yang di tampal di dinding...

wallahualam..
 
Back
Top
Log in Register