Bini aku ambik insuran, bayar dalam rm1++ sebulan. Tapi masa bini aku nak tutup plan tu sbb nak masuk plan lain, agen tu siap tutup henpon sbb masa dulu agen tu ckp, kalau tak puas hati bagitau dia, dia sendiri akan uruskan masa nak tutup plan tu. Blah la, penipu. Sampai sekarang aku kurang percaya pada agen2 ni. Sori la pada agen2 semua. Ada segelintir buat aku rasa serik dah.
Itu namanya agent yang tak reti nak buat business Takaful/Insurance.
Kalau aku la...client nak surrender policy sebab tak agree for what ever reason, lepas aku terangkan semula, dan yakinkan semula, dan pelbagai usaha aku dah buat, dia nak surrender jugak....dengan hanya 1 sms utk stop je aku akan stopkan dulu. Sebabnya?.... Persistency lost 1 case RM 1++, kena ganti dengan 15 case yang sama case size (at least)....biar le aku tak dapat business dari suffer persistency sebab orang cancel lepas free look period. Case boleh cari, persistency koyak, agent sendiri yang akan termenung nak repair....

.
Jgn ingat agent nie semua penipu. Dalam setandan pisang, tak semuanya busuk. Then, mungkin you yang kurang bernasib baik, jumpa agent yang mcm tu. Mmg patut pun kalau surrender. Sebab later on, service koyak, lagi le you naik hangin.
Tapi, nasihat saya, kalau plan tu takafulink atau investment link, better jgn stop, sebab kalau you tak agree dengan plan tu, you boleh adjust ikut apa yang you nak. Kalau stop, dapat semula 1st premium tak pe, kalau tak dapat?..kan dah rugi. Itu tak kira lagi kalau di timpa musibah. Kalau sekali kena sakit sampai perlukan duit utk bayar bill berpuluh ribu?..tengok mcm orang ni
http://www.prubsninfo.com/2008/10/testimonial.html. Kalau mcm nie punya insurance yang boleh tolong orang, you nak cancel ke?...
Bill 23K, Insurance bayar, lepas tu duduk dalam wad 13 hari, Insurance bayar lagi RM 4150. Simpanan tak usik....cuba citer sikit, kat mana ruginya amik insurance nie...