BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rafizi Isytihar Harta Lebih RM18 Juta

Rafizi isytihar harta, aset bersih hampir RM19 juta​



Timbalan Presiden PKR yang juga calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. - Foto fail NSTP
Timbalan Presiden PKR yang juga calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.
Timbalan Presiden PKR itu, berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 untuk berbuat demikian.

Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.
Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.

Bagaimanapun jumlah ini sangat sedikit berbanding pelaburan di Invoke.
Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM16.74 juta.
Selain itu, aset lain diisytihar termasuk, tunai dan simpanan: RM1.17 juta; dua hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor, RM1.6 juta; Kereta Peugeot 3008 dan Honda Accord, RM110,00 dan pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

Pecahan perbelanjaan bulanan juga diperincikan, termasuk ansuran rumah dan kereta, bil-bil utiliti, persekolahan anak, makan minum dan pemberian kepada isteri dan ibu bapa.

"Saya calon Parlimen Pandan (P100) PRU15, mengisytiharkan sudah berumah tangga, mempunyai seorang isteri dan seorang anak berumur sembilan tahun. Sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen penggal 2013 hingga 2018, saya tidak pernah menyalahgunakan kuasa mengayakan saya, isteri, anak atau mana-mana ahli keluarga," katanya dalam kenyataan emel, hari ini.

"Semua anggaran yang terkandung di dalam pengisytiharan ini dibuat dengan usaha terbaik dan berdasarkan dokumen, rekod dan ingatan saya. Semua aset yang diberi nilai pasaran terkini adalah berdasarkan anggaran terbaik saya.

Semua butiran itu dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) yang salinannya dikongsi bersama media sebentar tadi.
Sementara itu, kata Rafizi, pengisytiharan harta calon-calon lain PKR akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org bermula petang esok.

Dia juga akan menyentuh perkara itu dalam sidang media kempen pilihan raya umum PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya esok.



Boleh bersara dah tu
 
Harap rakyat tak over estimate kekayaan Rafizi ni. Basically declaration form yg dia hantar tu rasanya hanya bersama dgn supporting docs dan on paper estimation saja. Yg buat nampak berjuta2 tu hanyalah nilai saham Invoke semata2. Nilai saham
seunit tu saya tak pasti sbb tak follow sgt. Samada ia dlm bentuk IPO atau mcm mana.
 
aikkk....!!!! buat pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan simpanan di tabung haji pun ada. Dulu suruh orang ramai2 keluar duit dari tabung haji tapi diam2 simpan kat situ.
Kalau betul berita ni, betul2 penghasut punya orang ni...
Apa yg dibuat semua ni adalah dendam, dengki dan khianat pada diri sendiri...
 
Back
Top
Log in Register