BTC USD 26,725.4 Gold USD 1,960.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rafizi Isytihar Harta Lebih RM18 Juta

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,354
Joined
Apr 15, 2012
Messages
35,354
Reaction score
3,120
Points
266
Awards
1

Rafizi isytihar harta, aset bersih hampir RM19 juta​



Timbalan Presiden PKR yang juga calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. - Foto fail NSTP
Timbalan Presiden PKR yang juga calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.
Timbalan Presiden PKR itu, berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 untuk berbuat demikian.

Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.
Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.

Bagaimanapun jumlah ini sangat sedikit berbanding pelaburan di Invoke.
Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM16.74 juta.
Selain itu, aset lain diisytihar termasuk, tunai dan simpanan: RM1.17 juta; dua hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor, RM1.6 juta; Kereta Peugeot 3008 dan Honda Accord, RM110,00 dan pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

Pecahan perbelanjaan bulanan juga diperincikan, termasuk ansuran rumah dan kereta, bil-bil utiliti, persekolahan anak, makan minum dan pemberian kepada isteri dan ibu bapa.

"Saya calon Parlimen Pandan (P100) PRU15, mengisytiharkan sudah berumah tangga, mempunyai seorang isteri dan seorang anak berumur sembilan tahun. Sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen penggal 2013 hingga 2018, saya tidak pernah menyalahgunakan kuasa mengayakan saya, isteri, anak atau mana-mana ahli keluarga," katanya dalam kenyataan emel, hari ini.

"Semua anggaran yang terkandung di dalam pengisytiharan ini dibuat dengan usaha terbaik dan berdasarkan dokumen, rekod dan ingatan saya. Semua aset yang diberi nilai pasaran terkini adalah berdasarkan anggaran terbaik saya.

Semua butiran itu dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) yang salinannya dikongsi bersama media sebentar tadi.
Sementara itu, kata Rafizi, pengisytiharan harta calon-calon lain PKR akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org bermula petang esok.

Dia juga akan menyentuh perkara itu dalam sidang media kempen pilihan raya umum PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya esok.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

Rafizi isytihar harta lebih RM18 juta​

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
02 NOV 2022
A⁻A⁺

1967195.jpg


Rafizi


SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Pengisytiharan harta itu dibuat menerusi akuan berkanun (SD) yang dimuat naik melalui laman blog peribadinya pada Rabu.

Menurut beliau, pengisytiharan itu sejajar dengan sebahagian daripada syarat-syarat yang ditetapkan oleh PKR sebagai calon bertanding di bawah tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan lampiran itu, kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Solutions Sdn Bhd, syarikat yang diasaskannya.

Jumlah itu termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.

Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah sebanyak RM16.74 juta.

Beliau turut mengisytiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

Pecahan perbelanjaan bulanan juga diperincikan, termasuk ansuran rumah dan kereta, bil-bil utiliti, persekolahan anak, makan minum dan pemberian kepada isteri dan ibu bapa.

Semua butiran itu dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) yang salinannya dikongsi bersama media sebentar tadi.

Selain itu, aset lain diisytihar termasuk tunai dan simpanan berjumlah RM1.17 juta, dua hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor berjumlah RM1.6 juta, kereta Peugeot 3008 dan Honda Accord berjumlah RM110,00.

Dalam pada itu, Rafizi menambah tidak pernah memegang jawatan awam lain selain menjadi ahli Parlimen dalam penggal 2013 hingga 2018.

“Sepanjang masa saya berkhidmat sebagai ahli Parlimen (penggal 2013 – 2018), saya tidak pernah menyalahgunakan kuasa saya untuk memperkayakan diri saya, isteri saya, anak saya atau mana-mana ahli keluarga saya,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, akuan berkanun (SD) calon PKR lain akan dipaparkan di laman https://calonkeadilan.org/ esok.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Mana dia dpt berjuta tu?

Berdasarkan lampiran itu, kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Solutions Sdn Bhd, syarikat yang diasaskannya.

Jumlah itu termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.

Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah sebanyak RM16.74 juta.


Dia ahli perniagaan kan
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London
1999 - 2003

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant, PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd
2003 - 2005

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia), PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia
2005 - 2007

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa), PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd
2007 - 2009

Pengurus Besar, Pharmaniaga Berhad
2009

CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
2009 - 2012

Pengasas dan Pengarah Eksekutif, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW)
2012 - 2018

Pengasas startup, INVOKE
2016 - Kini
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,854
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,854
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London
1999 - 2003

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant, PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd
2003 - 2005

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia), PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia
2005 - 2007

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa), PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd
2007 - 2009

Pengurus Besar, Pharmaniaga Berhad
2009

CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
2009 - 2012

Pengasas dan Pengarah Eksekutif, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW)
2012 - 2018

Pengasas startup, INVOKE
2016 - Kini

Boleh tahan jugak la CV dia ni
 
Sponsored Post

Top
Log in Register