BTC USD 81,592.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

R.I.P current... arus maut di pantai

poknik

Legendary Member
gem
Messages
14,035
Joined
Dec 11, 2007
Messages
14,035
Reaction score
285
Points
141
Korang biasa tak dengar orang lemas di pantai sebab katanya kena tarik dek ombak?... kat tempat aku kadang2 diorang panggil pantai tu berpuaka..

tapi sebenarnya ia adalah sejenis arus yang dipanggil RIP current..

arus ni akan menarik sesiapa saja dari pantai ke tengah lautan..

arus ini hanya akan menarik ke tengah lautan dan bukannya ke dasar... biasanya orang yg mati lemas kerana cuba berenang melawan arus dan akhirnya keletihan dan tenggelam...



rip_current_warning.jpg


Rip.JPG


RipCurrent.png


%7B533E0B5A-F804-49C4-9033-36791B133098%7D.GIF


305.20.rip-current.jpg


rip_currents2.jpg


rip%20dont(6).jpg




watch


watch




watch


cara untuk mengenal pasti RIP current ialah kawasan yang tidak ada atau kurang ombaknya... kebanyakan orang melakukan kesilapan besar kerana fikir ini kawasan yg paling selamat untuk berenang

watch


TIPS penting untuk mengatasi arus ni:

1. jangan panik

2. bagi yg pandai berenang... jangan cuba nak lawan arus... hanya maintain terapung dan cuba berenang ke tepi selari dengan pantai sehingga keluar dari arus

3. bagi yg tak pandai berenang... pastikan anda turun ke pantai dengan pelampung..

4. jangan mandi pantai berseorangan..


Dua beradik digulung ombak
Oleh Nazarali Saeril
[email protected]
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BANDAR PENAWAR: “Ini kali pertama keluarga kami berkelah di sini dan dalam tempoh setengah jam, saya kehilangan dua anak sekali gus,” kata Zuraini Adnan, 47, ketika ditemui di Pantai Desaru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua anak Zuraini, Mohd Fazli Fauzi, 23, yang juga pekerja kilang dan adiknya, Zulkhairi, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Seni Johor Bahru, lemas dihanyutkan ombak ketika mandi laut.


Bapa dua beradik itu, Mohd Fauzi Aliuddin, 49, kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor, cuba membantu, tetapi dia sendiri hampir lemas sebelum diselamatkan pengunjung lain.

Zurani berkata, keluarganya berasal dari Tiram sampai di pantai itu pada jam 12 tengah hari untuk berkelah sempena hujung minggu.


“Ini kali pertama kami sekeluarga berpeluang berkelah di sini dan ketika kejadian saya berada di tepi pantai bersama anak yang lain manakala Fazli dan Zulkhairi pula mandi.


“Entah bagaimana, kedua-duanya tiba-tiba dihanyutkan ombak. Suami cuba membantu, tetapi tidak berdaya, saya cukup sedih kehilangan dua anak sekali gus,” katanya yang reda dengan kejadian itu dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi.

Saksi kejadian, Mohd Nabil Shafie, 26, berkata, sebelum kejadian, dia menemani adiknya di gigi air dan melihat dengan jelas dua beradik itu berenang kira-kira 30 meter dari pantai.


“Tiba-tiba ombak besar memukul kawasan mereka mandi. Saya nampak ombak menggulung dua beradik itu ke laut.

“Mereka tenggelam kerana gagal berenang, bapa mereka cuba membantu, tetapi dia juga nyaris lemas sebelum dibantu pengunjung lain. Jenazah Fazli ditemui tidak lama kemudian apabila dihanyutkan ombak ke pantai, tetapi adiknya masih hilang,” katanya.


Menurut Nabil, keadaan laut yang bergelora dengan ombak besar menyebabkan orang ramai yang bersimpati terhadap keluarga berkenaan tidak mahu mengambil risiko turun ke laut kerana bimbang turut menjadi mangsa.


Suasana di pantai berkenaan pula seolah-olah sepi dengan sebahagian besar pengunjung bertumpu di gigi pantai dengan harapan dapat menemui Zulkhairi, tetapi sehingga malam tadi, mayatnya belum ditemui.


Keluarga dua beradik itu pula ditenangkan orang ramai yang turut bersimpati dengan tragedi terbabit.


Jenazah Fazli kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT).


berita Harian Metro hari ni.... mungkinkah disebabkan RIP current..
 
Last edited:
eh.
aku pnh kna ni.
hmpir2 nk kna tarik.
daya tarikan time tu mmg kuat gle.
kna lak aku agk ltih sbb kwsan aku mndi kt dsaru tu jnis men lwn ombak je.
owh pdn la ble aku jln skit lg aku xrse kuat sgt ombak tarik.
thanks TT :)cgrock
lps ni aku mndi dsaru lg aku da thu nk wat ape :D :))
 
eh.
aku pnh kna ni.
hmpir2 nk kna tarik.
daya tarikan time tu mmg kuat gle.
kna lak aku agk ltih sbb kwsan aku mndi kt dsaru tu jnis men lwn ombak je.
owh pdn la ble aku jln skit lg aku xrse kuat sgt ombak tarik.
thanks TT :)cgrock
lps ni aku mndi dsaru lg aku da thu nk wat ape :D :))

alhamdulillah umur ko panjang lagi..

sepupu aku meninggal kena tarik arus ni 20 tahun dulu..
 
arus ni takkan menenggelamkan anda.. ia hanya tarik anda ke tengah lautan..

so, jangan panik dan cuba maintain apungkan badan...
 
good info TT... aku pun pernah kene mcm ni.. just jgn panik.. salu yg panik buat kite letih etc...
 
Back
Top
Log in Register