BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Qunut Nazilah...

biggie80

Active+ Member
Messages
3,293
Joined
Jul 14, 2010
Messages
3,293
Reaction score
803
Points
71
"Ya Allah, Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan Ya Allah, anjing- anjing ke atas mereka! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa! Wahai Tuhan Yang Penuh Raksaka! Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka! Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan KITAB! Wahai Tuhan yang mengerakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Ahzab Kalah Mereka,....... Menangkanlah Kami..... ke atas mereka...."

Bacalah tika menghadapi musuh/ lawan...insya Allah...
(amalanku ketika di zaman muda2 dulu):):):)
 
amalkan untuk mempertahankan diri ...insya Allah
 
..x de dalam arab ker....

..lagi afadal...
 
Boleh di baca unutk Umat Islam di Gaza...
 
IMG_20220422_100211_879.jpg

DOA QUNUT NAZILAH

Seluruh umat Islam diseru supaya membaca Doa Qunut Nazilah ketika solat Subuh, solat Jumaat dan solat sunat witir Tarawih sepanjang Ramadan bermula hari ini bertujuan mendoakan kesejahteraan dan keamanan di bumi Palestin khususnya dan di Malaysia amnya.
 
Konflik Palestin: Doa qunut nazilah di masjid utama Jakim bermula malam ini

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi masjid utamanya di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan melaksanakan bacaan doa qunut nazilah semasa solat sunat witir setiap malam bermula malam ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, ia adalah bagi mendoakan keselamatan dan keamanan buat umat Islam di Palestin yang kini berdepan konflik.

“Terkini, Masjid al-Aqsa diceroboh dalam keadaan umat Islam sedang memberi tumpuan beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Justeru, Jakim mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utamanya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan bacaan doa qunut nazilah itu,” katanyab menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Jakim juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan bacaan doa qunut nazilah di semua masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Hakimah berkata, pihaknya juga menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama terus berdoa agar Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera. – UTUSAN
 
Back
Top
Log in Register